Wednesday, July 15, 2009

Sydney Day 1



Malam semalam semua keletihan setelah 5 jam lebih perjalanan. Hari ni nak berjalan-jalan di bandaraya Sydney-lah kononnya. Setelah puas membelek brosur-brosur berkaitan pengangkutan awam di Sydney, akhirnya kami putuskan untuk naik feri ke bandar. Nak bawak kereta ke bandar memang payah pasal kenderaan banyak, jalan sesak dan pemandu-pemandu di Sydney ni 'ganas-ganas' sikit, tak macam pemandu di Brisbane yang lebih berhemah. Sebab kedua ialah parking. Di Sydney memang susah nak dapat parking dan kalau ada pun mahal-mahal belaka. Contohya, Yuswan yang menginap di Meriton di tengah Sydney, kena bayar sewa parking di hotel penginapan sebanyak $35 semalam. Jadi cara terbaik ialah dengan pengangkutan awam.



Setelah mengenalpasti tempat untuk mengambil feri, kami pun tuju ke lokasi jeti tersebut iaitu di Kissing Point (censored punya nama..). Tak banyak kereta yang diletakkan di situ, mungkin tak ramai orang gunakan pengangkutan feri. Feri tiba tak lama setelah kami menunggu. Berbanding dengan CityCat di Sungai Brisbane, feri di Sydney lebih besar dan lebih using. Walaupun laju tapi disebabkan saiznya yang besar, terasa 'berayun' bila dia berhenti untuk mengambil penumpang. Tepi feri pun macam tak cukup pelampung, macam tak de letak tayar pasal bunyi besi 'gedegang' kuat bila berlaga dengan batu jeti. Kalau di Brisbane, tiket dibeli di penjaga panel di tengah feri, di feri ni, ada konduktor tiket. Kami beli tiket seharian sekeluarga (boleh juga guna naik bas dan tren) berjumlah $17 + $17 + $8.60. Hanya seorang kanak-kanak yang dikenakan caj, jadi jimat sikitlah... Nak murah lagi naiklah hari Ahad - $2.50 flat rate setiap orang. Mungkin pasal dah biasa naik feri di Brisbane dan bot (bot penguatkuasa, bomba malahan bot pancung) di Port Dickson sebelum ni, maka keghairahan naik feri kurang terasa, tak macam masa naik feri Pulau Pinang masa zaman kanak-kanak dulu. Apapun, pemandangan di luar memang cantik, terutama bila dah dekat dengan kawasan bandar – ada nampak Cockatoo Island – macam tempat peninggalan bengkel jentera berat yang dah dikomersialkan jadi tapak perkhemahan. Lepas tu bila menghampiri perhentian Darling Harbour, ternampaklah pelbagai jenis kapal, dari jenis kapal zaman silam Captain Cook, kepada kapal perang – semuanya ada di situ bagi tujuan komersial. Setelah berhenti seketika di Darling Harbour, feri yang kami naiki bergerak ke perhentian terakhir iaitu di Circular Quay..di situlah mula nampak Sydney Bridge dan Sydney Opera House – dua icon Sydney dan Australia.



Kami turun di situ, berjumpa kembali dengan Yuswan dan Kak Aida setelah berjanji untuk jumpa di situ. Turun dari feri dan setelah selesai 'urusan' budak-budak di tandas, kami pun bergerak ke Sydney Opera House. Bangunan ni nampaknya sekarang dah using sikit, mungkin pasal dah lama tak 'maintain'. Satu hari nanti mesti dicat kembali rasanya. Kami berjalan keliling bangunan, puaslah berposing dan kemudiannya singgah di 'souvenir shop' yang terletak di bawah dan satu lagi di tingkat satu. Souvenir di sini mahal-mahal belaka. Kami cuma beli fridge magnet saja, tak de la sampai beli tiket untuk tengok show... Dah selesai disitu, kami berpecah untuk cari makan. Yuswan dan wife nak cari makanan Melayu, kami nak cari fish & chip halal...sambil tu sempat telefon member – Mano, bagitau dia kami ada di Sydney. Mano ni student di UNSW. Jauh jugak kami berjalan, lalulah dicelah-celah lorong kedai dengan suasana ala-Italia..jalan punya jalan mencari kedai makan di Kent St. sampailah tersesat-sesat tapi akhirnya terjumpa juga kedai tersebut. Sayangnya, kedai tersebut adalah dari jenis high class – nampak orang minum wain lagi dalamnya, langsung tak jadi nak makan di situ. Seterusnya kami nekad naik bas, mintak drebar bas bagitau mana nak turun – kami nak ke Darling Harbour. Bila dah sampai, drebar bas bagitau...kami turun di George St, di tengah kesesakan kota Sydney. Lintas jalan terus pergi masuk ke Queen Victoria Building...cuba cari makan di situ tapi tak jumpa – yang ada Malaysian Laksa, tapi tak halal... Selang 30 minit di situ, Mano pun sampai. Dia bawak kami ke Darling Harbour. Kami makan di Pancakes on the Rock di situ... makan pancake dan fishermen basket meal – tu je yang boleh dimakan, tengok menu lain tak de yang halal pun...


Berbeza dengan tengah bandar Sydney sebelumnya, suasana di Darling Harbour lagi cantik dan menarik. Di situlah ada Sydney Aquarium, Sydney Wildlife, ada kapal-kapal pelbagai jenis, Convention Centre dan sebelah malam banyak pusat-pusat hiburan di situ. Jumpa dengan Mano setakat di situ saja, pasal kami dah janji dengan Yuswan dan Kak Aida untuk jumpa di hotel penginapan mereka. Menapaklah lagi kami ke hotel mereka....high class punya hotel – di tengah bandar betul, nampak Darling Harbour dari bilik hotel mereka ditingkat 35 kalau tak silap. Hotel ni 55 tingkat. Kisahnya, merekapun cuma beli roti untuk lunch di Coles. Restoran Melayu yang dicari dah tak wujud.


Selesai solat di bilik hotel mereka, kami turun ke bawah. Rupanya ada kedai pizza dan kebab di sebelah hotel...belilah pizza 3 = $10 dan kebab plate untuk bawak balik ke kabin kami. Sampai di jeti untuk balik di Darling Harbour, Afif pulak sakit perut – 'mencajor' cari tandas, terpaksa tumpang tandas di salah satu bar kat situ...bar tu ada karaoke room dan bowling 'kosmik' lagi... bila balik semula ke jeti, feri dah sampai – tak sempat nak kejar. Ingatkan feri seterusnya lagi 15 minit...rupanya lagi sejam – terpaksalah menunggu pasal dah terlalu letih nak jalan ke mana-mana lagi...jam masa tu dah 7.00 malam kalau tak silap.



Akhirnya feri kami sampai dan kami pun baliklah ke kabin... Kesimpulannya, memang bercuti di bandar tak sesuai dengan selera dan jiwa kami sekeluarga...penat je lebih, tak de keseronokan...hantarlah ke Beverly Hills ke, Las Vegas ke, lagi tension rasanya....malam tu semua tidur keletihan, lebih letih dari malam sebelumnya yang ada 5 jam perjalanan...cukuplah dapat bergambar di Sydney Opera House...tak kuasa nak masuk bandar Sydney tu lagi...


1 comments:

perantau.tt said...

bile la akak aku ni nak mula buat blog gamaknye.. hehehe sampai kan salam aku kat abg n akak aku tu yer..

NON-UTOPIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute