Saturday, July 25, 2009

Sydney Day 4

Hari ni hari nak bertolak keluar dari Sydney. Pagi-pagi dah bersiap pasal di sini check-out time pukul 10.00 pagi (mungkin satu Australia check-out time-nya jam 10.00). Dah serah kunci kabin, kami pun tuju ke destinasi seterusnya – kononnya nak beli KFC di Bankstown (takeaway). Sampai di KFC dekat jam 10.00 pagi, tapi sampai di situ tengok cam tak de kereta lain, lori sampah ada laa...pastu ada seorang pekerja KFC tengah sapu-sapu sampah kat luar. Kami tanya 'mamat' tu, dia kata 10.30 pagi baru bukak. Pasal lambat lagi nak bukak, maka kami pun putuskan untuk cari makan di Lakemba.



Pasal semalamnya rasa cam best jalan di Lakemba, hari ni singgah lagi. Selain dari cari 'benda' makan, singgah lagi di Halal Supermarket untuk beli emping pedas dan makanan lain. Lalu di depan Hariri Charcoal Chicken, tapi tak bukak lagi pulak...terus la jalan depan sikit, ternampak signboard 'bakery' dari jauh, ingatkan halal punya, rupanya Vietnamese punya bakery. Pada masa sama ternampak di seberang jalan orang ramai kat satu kedai kecik yang ada jugak tulis bakery. Kami pun lintas dan tengok orang tengah beratur nak beli pizza arab – pagi-pagi dah makan pizza. Pizzanya kecik je, saiz roti canai... atas roti tu dia letaklah apa yang kita order – ada cheese, daging, cheese + daging, oregano, cheese + oregano, dll... Pizza tu di bakar dalam oven 'manual' guna kayu 'penyodok' – pizza diletak atas kayu penyodok dan dimasukkan dalam dandang pembakar. Sekejap je bakarnya dalam 30 saat kot...selepas dikeluarkan dari 'oven', pizza tu dilipat dua, jadi melekatlah dia dek kerana cheese (yang ada cheeselah!!) tapi pendekata, tu lah antara pizza paling sedap pernah kami makan sama ada di Malaysia, atau Australia. Kami beli dua – cheese dan cheese + daging. Harga sekeping dalam $3.



Lepas beli pizza tu, kami singgah di Halal Supermarket, jumpalah tokeynya – seorang pakcik Indonesia yang dah 27 tahun duduk Australia. Bila kami cakap datang dari Malaysia, terus tukar 'slang' dia macam orang Malaysia. Selepas tu kami pergi semula ke Hariri Charcoal Chicken, yang dah bukak...tapi ayamnya kena tunggu pulak dalam 6 minit kalau tak silap. Kat sini jual ayam panggang macam yang banyak dijual ditepi jalan kat Malaysia contohnya di Sungai Buloh, tapi yang kat Malaysia tu ada perisa tambahan iaitu karbon monoksida dari asap kereta dan lori, tak ketinggalan bas. Kat sini dipanggang jugak tapi dalam oven-lah. Seekor harganya $14. Yang bestnya, ayam tu dibalut dengan sekeping roti besar macam tosey / capati, sebelum seterusnya dibungkus dalam kertas dan plastik. Tak tau apa muslihatnya, mungkin untuk serap minyak dari ayam tu. Di samping tu kami beli nasi ala-ala nasi bukhari - $6 sebungkus (kecik – tapi banyak..). Jugak dipendekkan cerita, tulah ayam panggang paling sedap pernah kami makan. Dia punya rempah memang 'mesra' betul dengan ayam tu. Keluar dari kedai tu, pergi balik ke kedai bakery / pizza tadi dan beli 2 keping lagi pizza. Gitu-gini dah lebih pukul 11 baru bertolak.



Perjalanan nak keluar dari Sydney agak sibuk. Nak keluar dari kawasan Sydney je ambil masa dalam 1 jam lebih. Perjalanan lepas tu jalannya turun naik bukit, tapi masih ada kawasan yang ada pemandangan menarik di kiri-kanan jalan. Kami teruskan perjalanan dan akhirnya sampai di Coffs Harbour dalam jam 6.00 petang, tapi dah gelap (macam jam 8 / 9 malam di Malaysia). Terus check-in di motel penginapan kami iaitu di Golden Glow Motel. Kami ambil family room – jenis studio, sewanya $99 semalam. Malam tu tido di situ sebelum teruskan perjalanan balik esoknya ke rumah di Brisbane.


Tuesday, July 21, 2009

Sydney Day 3

Setelah semalamnya makan McD buat kali pertama setelah setahun lebih tak makan, pada malam dan esoknya Ita kena allergic. Tak tau sebab apa, mungkin ada 'chemical' dalam bahan McD tu, mata dan muka jadi bengkak-bengkak, sambil tu demam...takut gak simptom swine flu. Tapi check2 tak de pun...jadinya bercuti di kabin je lah hari tu...




Pasal dah tak de benda nak buat, pi lah basuh baju2 kotor yang dah penuh 2 beg..guna mesin basuh di laundry room yang disediakan di tempat penginapan kami. Ratenya $3 utk sekali cuci dalam 20 minit dan $1 untuk dryer selama 20 minit jugak...dryer tu kira murah pasal selalunya kat luar $1 untuk 6/7 minit je....lama gak dok sorang2 cuci baju tu, dalam 2 jam lebih baru siap.




Petang tu, bila Ita dah baik sikit, kami pikir mana nak pi...last-last teringat Azran pernah sebut Lakemba. So, masukkan Lakemba dalam GPS dan bergerak ke sana... Sesampai di Lakemba, lalu di depan sebuah masjid...(ni kira best...pasal jumpa tempat orang Islam ramai). Cari punya cari parking, rupanya ada banyak tempat parking kat belakang kedai-kedai di situ. Pekan Lakemba ni shoplot row mengadap depan-depan je...hampir 90% kedai halal / muslim...banyak gak kedai jual jubah2 cantik2...kedai makan halal, Thai food, Indonesian food, Lebanese etc. Kami mula2 singgah di Halal Supermarket...milik orang Indonesia. Kat situ je abis dalam $50. Rupanya banyak kicap Habhal / Kipas Udang dijual di situ. Rasa tak berbaloi pi ke Randwick sehari sebelumnya...dahlah jem, dapat beli sikit je. Kat Lakemba ni lagi berpuluh-puluh ada stoknya. Beli jugak kerepek (emping belinjau pedas...) pasal dah lama tak makan kerepek2 style kampong ni... Pastu kami makan malam di Thai Hut – restoran thai – kami makan lauk tomyam dan lauk2 lain, cam makan kat Malaysia-lah. Semua dalam $45. Nasib baik tak order nasi goreng...nasi gorengnya walaupun untuk sorang, banyaknya macam untuk 4 orang... dah makan kat situ, hari pun dah gelap, so terus balik. Tu je lah aktiviti untuk hari tersebut...esok dah nak bertolak balik...

Sunday, July 19, 2009

Sydney Day 2

Selepas sehari sebelumnya 'pening' di tengah Sydney, hari kedua ada satu misi besor yang perlu diselesaikan – cari kicap habhal / kicap kipas udang – pasal di Brisbane tak ada kicap ni, selama ni makan kicap ABC je, tapi tak sesuai dengan selera, pasal pekat dan manis sangat. Pagi tu janji dengan dua lagi family Malaysian dari Brisbane yang kebetulan ada di Sydney pasal main sukan anjuran MASCA – Rozhan dan Rahmat. Telefon Rozhan, janji nak jumpa di Randwick. Tapi pagi tu kami buat research sikit dalam internet dan tengok kicap tu ada dijual di Good Luck Supermarket, di Sydney Market. Jadi, kami bagitau Rozhan, nak cuba cari di situ dulu yang mana lagi dekat dengan lokasi penginapan kami.


Perjalanan ke Sydney Market ambil masa dalam 20 minit dari tempat kami tinggal. Sampai di Sydney Market, tengok tempat tu terbahagi kepada tiga – satu tu jual barang-barang serbaguna, mostly secondhand dan satu jual barang-barang seperti sayur dan buah dan satu lagi tempat jual bunga-bungaan. Kami mula dengan tempat sayur dan buah...luas sangat tempatnya. Panjangnya lebih 100 meter rasanya, penuh sesak dengan orang. Buah dan sayur beraneka macam, murah dan lebih segar daripada di Brisbane. Kami pusing cari kedai jual kicap tak jumpa...terus lagi pergi ke sebelah belakang tapi yang ada cuma kedai-kedai jual barangan seperti sayur dan buah, tetapi ditutup. Mungkin semua peniaga berkumpul di tengah gudang tu untuk hari tu saja (hari minggu). Seterusnya singgah di tempat jual barang secondhand, cuba cari baju jersi NHL replika macam yang Azran kata, tapi tak jumpa jugak...masa jalan di situ, ternampak macam ada Asian Groceries di sebelah kawasan pasar. Kami pun belilah buah dan sayur sikit (salad sebesor bola sepak - $2 je..).


Selepas tu bertolaklah dari Sydney Market...cari punya cari kat sebelah tu, jumpalah Good Luck Supermarket...cari punya cari kicap yang dicari, tak de lah pulak...terpaksalah pergi juga ke Randwick. Randwick dari jarak kami masa tu ada dalam 20 km...tapi banyaknya traffic light dan kereta, sebabkan kami lambat...kicap tu ada dijual di Oriental Supermarket. Masa dalam perjalanan ke situ, dah sempat berpesan kat Rozhan, mintak belikan berapa botol yang dapat...malangnya ada 7 botol je yang tinggal...bahagian kami 3 botol. Dah sampai kat depan supermarket tu, susah pulak nak dapat parking, terpaksa jalan terus dan pakat dengan Rozhan jumpa kat depan sikit, tu pun main berhenti sebarang je...akhirnya dapat jugak kicap bertukar tangan ke tangan kami...


Selesai urusan kicap, kami bergegas keluar dari situ – 'rimas' dengan jemnya...masa dalam perjalanan balik baru terperasan ada perlawanan AFL (Bolasepak + ragbi Australia) dekat-dekat situ, patutlah jem... destinasi seterusnya...makan di McDonalds.


Kami masukkan alamat McDonalds yang ada dalam senarai makanan halal di NSW yang telah diprint di Brisbane, jalan punya jalan tak de lah pulak McDonalds di situ...jadi Lebai Malang sekali lagi. Kami pun putuskan untuk pergi ke Centro Bankstown shopping centre. Semasa di situ, cuba tinjau ke McDonalds yang ada di situ dan nasib kami baik, kat situ ada McDonalds halal...(walaupun Halal McDonalds di sini, tapi masih ada jual bacon – tapi pengurusan serving bacon dan non-bacon diberikan penekanan perbezaan berdasarkan klasifikasi oleh Australia Islamic Council tapi di KFC yang halal, tak de pun jual bacon sepertimana di KFC yang tak halal). Belilah McValue Big Mac satu set, double cheeseburger satu dan 3 kids meal. Bila nak makan, tengok-tengok burger tu kecik...kalau di Malaysia saiz KFC punya Colonel Burger je...(tak pasti pulak di Malaysia sekarang besor ke kecik burgernya). Dah habis makan di situ, kami pun pusing-pusing dalam shopping complex tu sebelum balik semula ke kabin penginapan. Semasa on the way balik singgah sat kat Krispy Kreme untuk beli donut bagi makan malam...donut paling manis, tapi tu je yang halal....hantam sajalah...


Wednesday, July 15, 2009

Sydney Day 1



Malam semalam semua keletihan setelah 5 jam lebih perjalanan. Hari ni nak berjalan-jalan di bandaraya Sydney-lah kononnya. Setelah puas membelek brosur-brosur berkaitan pengangkutan awam di Sydney, akhirnya kami putuskan untuk naik feri ke bandar. Nak bawak kereta ke bandar memang payah pasal kenderaan banyak, jalan sesak dan pemandu-pemandu di Sydney ni 'ganas-ganas' sikit, tak macam pemandu di Brisbane yang lebih berhemah. Sebab kedua ialah parking. Di Sydney memang susah nak dapat parking dan kalau ada pun mahal-mahal belaka. Contohya, Yuswan yang menginap di Meriton di tengah Sydney, kena bayar sewa parking di hotel penginapan sebanyak $35 semalam. Jadi cara terbaik ialah dengan pengangkutan awam.



Setelah mengenalpasti tempat untuk mengambil feri, kami pun tuju ke lokasi jeti tersebut iaitu di Kissing Point (censored punya nama..). Tak banyak kereta yang diletakkan di situ, mungkin tak ramai orang gunakan pengangkutan feri. Feri tiba tak lama setelah kami menunggu. Berbanding dengan CityCat di Sungai Brisbane, feri di Sydney lebih besar dan lebih using. Walaupun laju tapi disebabkan saiznya yang besar, terasa 'berayun' bila dia berhenti untuk mengambil penumpang. Tepi feri pun macam tak cukup pelampung, macam tak de letak tayar pasal bunyi besi 'gedegang' kuat bila berlaga dengan batu jeti. Kalau di Brisbane, tiket dibeli di penjaga panel di tengah feri, di feri ni, ada konduktor tiket. Kami beli tiket seharian sekeluarga (boleh juga guna naik bas dan tren) berjumlah $17 + $17 + $8.60. Hanya seorang kanak-kanak yang dikenakan caj, jadi jimat sikitlah... Nak murah lagi naiklah hari Ahad - $2.50 flat rate setiap orang. Mungkin pasal dah biasa naik feri di Brisbane dan bot (bot penguatkuasa, bomba malahan bot pancung) di Port Dickson sebelum ni, maka keghairahan naik feri kurang terasa, tak macam masa naik feri Pulau Pinang masa zaman kanak-kanak dulu. Apapun, pemandangan di luar memang cantik, terutama bila dah dekat dengan kawasan bandar – ada nampak Cockatoo Island – macam tempat peninggalan bengkel jentera berat yang dah dikomersialkan jadi tapak perkhemahan. Lepas tu bila menghampiri perhentian Darling Harbour, ternampaklah pelbagai jenis kapal, dari jenis kapal zaman silam Captain Cook, kepada kapal perang – semuanya ada di situ bagi tujuan komersial. Setelah berhenti seketika di Darling Harbour, feri yang kami naiki bergerak ke perhentian terakhir iaitu di Circular Quay..di situlah mula nampak Sydney Bridge dan Sydney Opera House – dua icon Sydney dan Australia.



Kami turun di situ, berjumpa kembali dengan Yuswan dan Kak Aida setelah berjanji untuk jumpa di situ. Turun dari feri dan setelah selesai 'urusan' budak-budak di tandas, kami pun bergerak ke Sydney Opera House. Bangunan ni nampaknya sekarang dah using sikit, mungkin pasal dah lama tak 'maintain'. Satu hari nanti mesti dicat kembali rasanya. Kami berjalan keliling bangunan, puaslah berposing dan kemudiannya singgah di 'souvenir shop' yang terletak di bawah dan satu lagi di tingkat satu. Souvenir di sini mahal-mahal belaka. Kami cuma beli fridge magnet saja, tak de la sampai beli tiket untuk tengok show... Dah selesai disitu, kami berpecah untuk cari makan. Yuswan dan wife nak cari makanan Melayu, kami nak cari fish & chip halal...sambil tu sempat telefon member – Mano, bagitau dia kami ada di Sydney. Mano ni student di UNSW. Jauh jugak kami berjalan, lalulah dicelah-celah lorong kedai dengan suasana ala-Italia..jalan punya jalan mencari kedai makan di Kent St. sampailah tersesat-sesat tapi akhirnya terjumpa juga kedai tersebut. Sayangnya, kedai tersebut adalah dari jenis high class – nampak orang minum wain lagi dalamnya, langsung tak jadi nak makan di situ. Seterusnya kami nekad naik bas, mintak drebar bas bagitau mana nak turun – kami nak ke Darling Harbour. Bila dah sampai, drebar bas bagitau...kami turun di George St, di tengah kesesakan kota Sydney. Lintas jalan terus pergi masuk ke Queen Victoria Building...cuba cari makan di situ tapi tak jumpa – yang ada Malaysian Laksa, tapi tak halal... Selang 30 minit di situ, Mano pun sampai. Dia bawak kami ke Darling Harbour. Kami makan di Pancakes on the Rock di situ... makan pancake dan fishermen basket meal – tu je yang boleh dimakan, tengok menu lain tak de yang halal pun...


Berbeza dengan tengah bandar Sydney sebelumnya, suasana di Darling Harbour lagi cantik dan menarik. Di situlah ada Sydney Aquarium, Sydney Wildlife, ada kapal-kapal pelbagai jenis, Convention Centre dan sebelah malam banyak pusat-pusat hiburan di situ. Jumpa dengan Mano setakat di situ saja, pasal kami dah janji dengan Yuswan dan Kak Aida untuk jumpa di hotel penginapan mereka. Menapaklah lagi kami ke hotel mereka....high class punya hotel – di tengah bandar betul, nampak Darling Harbour dari bilik hotel mereka ditingkat 35 kalau tak silap. Hotel ni 55 tingkat. Kisahnya, merekapun cuma beli roti untuk lunch di Coles. Restoran Melayu yang dicari dah tak wujud.


Selesai solat di bilik hotel mereka, kami turun ke bawah. Rupanya ada kedai pizza dan kebab di sebelah hotel...belilah pizza 3 = $10 dan kebab plate untuk bawak balik ke kabin kami. Sampai di jeti untuk balik di Darling Harbour, Afif pulak sakit perut – 'mencajor' cari tandas, terpaksa tumpang tandas di salah satu bar kat situ...bar tu ada karaoke room dan bowling 'kosmik' lagi... bila balik semula ke jeti, feri dah sampai – tak sempat nak kejar. Ingatkan feri seterusnya lagi 15 minit...rupanya lagi sejam – terpaksalah menunggu pasal dah terlalu letih nak jalan ke mana-mana lagi...jam masa tu dah 7.00 malam kalau tak silap.



Akhirnya feri kami sampai dan kami pun baliklah ke kabin... Kesimpulannya, memang bercuti di bandar tak sesuai dengan selera dan jiwa kami sekeluarga...penat je lebih, tak de keseronokan...hantarlah ke Beverly Hills ke, Las Vegas ke, lagi tension rasanya....malam tu semua tidur keletihan, lebih letih dari malam sebelumnya yang ada 5 jam perjalanan...cukuplah dapat bergambar di Sydney Opera House...tak kuasa nak masuk bandar Sydney tu lagi...


Sunday, July 12, 2009

The Lost Blog – Port Dickson Insider Guide

I've once managed a blog focusing on Port Dickson – a tourist spot in West Coast of Peninsular Malaysia – the coastal district or also known as tourism district of the state of Negeri Sembilan. The blog title was Port Dickson Insider Guide. I just did random check on the blog and surprisingly it ranked no. 3 when you google on 'Port Dickson Insider Guide'...

Here is the link to the blog - http://port-dickson-guide.blogspot.com/.

Since I've lost the login ID and password for this blog...I hope I still can continue this niche inside this blog. Hope to get a 'standard' domain name very soon for this blog too.

The Port Dickson / PD guide is solely based on my 5 years experience as PD's citizen and during my 5 years service as Assistant District Officer there...Hope will go there again when I'm back in Malaysia...

ALive in BRISBANE © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute