Friday, July 10, 2009

Sydney Holiday Day 2 – Snowy Mountain


Pagi ni semua dah bangun dalam pukul 6.00 pagi. Kami sekeluarga bersiap untuk pergi ke tempat snow. Budak-budak pakai baju tidur sebelah dalam dan luarnya baju dan seluar jumper jenis kain fleece. Mak bapaknya pakai t-shirt sebelah dalam dan jugak baju, seluar fleece sebelah luar. Baju seluar fleece tu memang dah siap-siap beli masa kat Brisbane lagi semata-mata untuk main salji. Sementara kami bersiap di bilik, Yuswan pergi ke main office tempat kami menginap untuk jelaskan bayaran bilik cabin penginapannya. Pekerja di situ 'bising' kami sampai waktu malam pasal keadaan jalan agak bahaya pasal banyak binatang berkeliaran – memangpun, malam sebelum tu 4wd kami hampir langgar seekor kangaroo yang agak besor, tapi nasib baik kangaroo tu patah balik separuh jalan masa dia nak lintas....




Selepas bersiap di bilik, kami pergi ke tempat sewa pakaian salji di sebelah main office tempat kami menginap. Masa naik kereta tu, ingatkan depan cermin kereta ada wap, bila gerakkan wiper tak mau hilang – rupanya ada 'frost'...6-7 kali pancit air baru hilang. Sewa di situ dapat diskaun 10% pasal menginap di sebelah. Kelam kabut sungguh masa nak dapatkan saiz yang betul setiap sorang. Kaedah diguna, orang kedai yang carikan saiz – bukan cari sendiri...kalau cari sendiri habis bersepah rasanya kedai tu... Pergi ke tempat snow ni, gloves dan beanie je bawak sendiri, yang lain boleh sewa. Baju dan seluar semuanya jenis kalis air, tak ketinggalan kasut but – pun kalis air. Ifah dan Afif tak sewa seluar pasal masing-masing dah dibelikan jaket...Jaket Afif memang dah beli di Malaysia..ni kali pertama nak pakai. Jaket Irfan pun dah beli kat Ebay AU, tapi pasal dia kena pakai snowsuit, jadi kami terpaksalah sewa snow suit. Kasut semua sewa, dan yang dewasa sewa baju dan jaket sekali. Semua sekali untuk kami sekeluarga dan Yuswan sekeluarga kosnya $225 termasuk sewa 'toboggan' – 2 saiz biasa, 1 saiz baby. Sewa dikira sehari tapi kena pulang sebelum pukul 7.00 malam. Baju tu kami pakai siap-siap pasal nak terus pergi tempat snow.



Nak ke tempat snow tu ada 2 kaedah...sama ada bawak keta sendiri lalu Koscziusko National Park ataupun naik satu perkhidmatan tren yang dinamakan Skitube. Kami pilih kaedah yang kedua, pasal nak bawak keta sendiri, nak kena sewa 'snow chain' untuk keta Yuswan – kami tak payah pasal guna 4wd. Snow chain tu macam jaring besi yang dipasang ditayar untuk lalu jalan licin. Jarak dari tempat penginapan kami ke Skitube punya terminal adalah dalam 25 minit rasanya. On the way ke situ bila nampak snow kat puncak gunung rasa 'bestnya'...maklumlah selalu tengok snow kat TV je. Sesampai di terminal Skitube, kami beli tiket – untuk kami sekeluarga kosnya $112. Kat terminal tu pun ada kedai sewa barang ski dan kedai souvenir. Kami singgah beli souvenir sat. Ski tak sewa / main pasal tak cukup bajet. Lagipun kalau nak ski, elok belajar sikit – tapi kena bayar lain untuk lesson tu. Skitube tu dia macam merentas gunung guna laluan bawah tanah. Kalau ikut maklumatnya dalam 500 meter bawah tanah. Tapi itu tren terburuk kami pernah naik...memang seat plastik dan body besi je.. Lama jugak naik skitube tu, lebih 20 minit rasanya baru sampai di tempat berhenti pertamanya, Perisher. Ada satu lagi tempat berhenti – Blue Cow Mountain. Kami turun di Perisher...bila bukak pintu ke snow field tu...terpegun sungguh tengok snow...maklumlah kali pertama tengok snow depan mata...Irfan yang masa sebelum naik skitube dah tak boleh duduk diam asyik moody je, terus elok dan tengok dia seronok sungguh dapat jumpa snow. Memang dia yang jadi 'pemangkin' nak bercuti tempat snow pasal dia tengok orang main snow dalam tv dan dia kata 'nak pergi situ..' – akhirnya sampai jugak tempat snow. Ada orang main ski, naik snow mobile dan kenderaan-kenderaan snow yang lain. Keluar pintu terus bergambar, pastu kena tegur dengan staf kat situ pasal kat depan pintu tu bahaya, takut ais jatuh dari balkoni atas bangunan. Kami pun simpan beg dalam loker – sewa loker $12 – dan terus bergerak ke tempat orang main 'toboggan'.




Semua main toboggan, meluncur dari atas slope, turun ke bawah...kadang-kadang naik 2 orang. Irfan je tak slide jauh-jauh pasal yang baby punya toboggan tak sesuai untuk slide jauh... lepas puas bertoboggan, pergilah main di tempat lain, cuba buat snowman tapi tak jadi pasal ais keras...last-last ambil gambar dengan snowman yang dah dibuat oleh orang lain...pastu jalan-jalan lagi, terjumpa ais yang lagi lembut...rupanya snow ni ada banyak 'jenis' yang keras, lembut, peroi...dll. Kami di Perisher tu ada dalam 3 jam jugak, lepas tu kami naik skitube lagi bergerak ke Blue Cow. Ke Blue Cow tak dibenar bawak toboggan, jadi toboggan kami tumpang kat marshal disitu punya ofis. Sesampai di Blue Cow, tengok orang main ski dan snowboarding...memang ramai, tapi majority omputih la...memang omputih je yang ramai kat tempat salji tu. Bangsa lain termasuk kami mungkin cuma 5% je. Kami lunch kat meja makan yang disediakan kat situ dan lepas tu pi tangkap gambar kat kawasan yang ada pokok-pokok dengan daun, dahan ber'frost' di situ. Pemandangan di Blue Cow lagi cantik dari Perisher dan saljinya pun lagi lembut...macam 'icing' kata Kak Aida...memangpun. Dah selesai di situ, kami turun balik ke Perisher untuk ambil toboggan dan pastu naik skitube turun ke bawah untuk balik. Masa tu dah jam lebih kurang 4.00 petang. Skitube tu beroperasi 24 jam dan snowfield tu memang boleh masuk sampai tengah malam pun boleh main...Malam tu dalam jam 6.00ptg, kami pun pulangkan baju-baju yang disewa. Dinner malam tu beramai-ramai makan lauk sardine dengan telur je....pastu semua tidur kepenatan...tapi kalau boleh nak pergi lagi main snow, apakan daya tak cukup bajet...sekurang-kurangnya merasalah sekali seumur hidup pegang snow...ye tak?!!



Nota :

1) Snow tu rasanya tawar hambar – tak sama dengan air batu yang dibeli di kedai...lagi tawar....silap gak tak bawak sirap..kalau tak jadi ais kepal... nak sedap lagi bawak kacang, coklat dll...takpun bawak apek warung batu kat JB tu...untuk buat ABC...hihi


2) Adik @ Afif bawak balik ketulan2 snow dalam bekas tupperware dari Blue Cow, dia kata nak bawak balik Malaysia...tapi malam tu dah buang dah masa kat kabin...




0 comments:

NON-UTOPIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute