Selepas sehari sebelumnya 'pening' di tengah Sydney, hari kedua ada satu misi besor yang perlu diselesaikan – cari kicap habhal / kicap kipas udang – pasal di Brisbane tak ada kicap ni, selama ni makan kicap ABC je, tapi tak sesuai dengan selera, pasal pekat dan manis sangat. Pagi tu janji dengan dua lagi family Malaysian dari Brisbane yang kebetulan ada di Sydney pasal main sukan anjuran MASCA – Rozhan dan Rahmat. Telefon Rozhan, janji nak jumpa di Randwick. Tapi pagi tu kami buat research sikit dalam internet dan tengok kicap tu ada dijual di Good Luck Supermarket, di Sydney Market. Jadi, kami bagitau Rozhan, nak cuba cari di situ dulu yang mana lagi dekat dengan lokasi penginapan kami.
Perjalanan ke Sydney Market ambil masa dalam 20 minit dari tempat kami tinggal. Sampai di Sydney Market, tengok tempat tu terbahagi kepada tiga – satu tu jual barang-barang serbaguna, mostly secondhand dan satu jual barang-barang seperti sayur dan buah dan satu lagi tempat jual bunga-bungaan. Kami mula dengan tempat sayur dan buah...luas sangat tempatnya. Panjangnya lebih 100 meter rasanya, penuh sesak dengan orang. Buah dan sayur beraneka macam, murah dan lebih segar daripada di Brisbane. Kami pusing cari kedai jual kicap tak jumpa...terus lagi pergi ke sebelah belakang tapi yang ada cuma kedai-kedai jual barangan seperti sayur dan buah, tetapi ditutup. Mungkin semua peniaga berkumpul di tengah gudang tu untuk hari tu saja (hari minggu). Seterusnya singgah di tempat jual barang secondhand, cuba cari baju jersi NHL replika macam yang Azran kata, tapi tak jumpa jugak...masa jalan di situ, ternampak macam ada Asian Groceries di sebelah kawasan pasar. Kami pun belilah buah dan sayur sikit (salad sebesor bola sepak - $2 je..).
Selepas tu bertolaklah dari Sydney Market...cari punya cari kat sebelah tu, jumpalah Good Luck Supermarket...cari punya cari kicap yang dicari, tak de lah pulak...terpaksalah pergi juga ke Randwick. Randwick dari jarak kami masa tu ada dalam 20 km...tapi banyaknya traffic light dan kereta, sebabkan kami lambat...kicap tu ada dijual di Oriental Supermarket. Masa dalam perjalanan ke situ, dah sempat berpesan kat Rozhan, mintak belikan berapa botol yang dapat...malangnya ada 7 botol je yang tinggal...bahagian kami 3 botol. Dah sampai kat depan supermarket tu, susah pulak nak dapat parking, terpaksa jalan terus dan pakat dengan Rozhan jumpa kat depan sikit, tu pun main berhenti sebarang je...akhirnya dapat jugak kicap bertukar tangan ke tangan kami...
Selesai urusan kicap, kami bergegas keluar dari situ – 'rimas' dengan jemnya...masa dalam perjalanan balik baru terperasan ada perlawanan AFL (Bolasepak + ragbi Australia) dekat-dekat situ, patutlah jem... destinasi seterusnya...makan di McDonalds.
Kami masukkan alamat McDonalds yang ada dalam senarai makanan halal di NSW yang telah diprint di Brisbane, jalan punya jalan tak de lah pulak McDonalds di situ...jadi Lebai Malang sekali lagi. Kami pun putuskan untuk pergi ke Centro Bankstown shopping centre. Semasa di situ, cuba tinjau ke McDonalds yang ada di situ dan nasib kami baik, kat situ ada McDonalds halal...(walaupun Halal McDonalds di sini, tapi masih ada jual bacon – tapi pengurusan serving bacon dan non-bacon diberikan penekanan perbezaan berdasarkan klasifikasi oleh Australia Islamic Council tapi di KFC yang halal, tak de pun jual bacon sepertimana di KFC yang tak halal). Belilah McValue Big Mac satu set, double cheeseburger satu dan 3 kids meal. Bila nak makan, tengok-tengok burger tu kecik...kalau di Malaysia saiz KFC punya Colonel Burger je...(tak pasti pulak di Malaysia sekarang besor ke kecik burgernya). Dah habis makan di situ, kami pun pusing-pusing dalam shopping complex tu sebelum balik semula ke kabin penginapan. Semasa on the way balik singgah sat kat Krispy Kreme untuk beli donut bagi makan malam...donut paling manis, tapi tu je yang halal....hantam sajalah...
0 comments:
Post a Comment