Hari ni rancangan asal nak ke dua lokasi Bellingham Maze dan Big Pineapple, tapi rancangan bertukar pulak, kami tuju ke Bli Bli dulu. Di Bli Bli kami pergi ke The Castle...istana zaman kolonial ala-ala 'medieval era'. Perjalanan dari tempat penginapan kami ke Bli Bli Castle mengambil masa lebih kurang 30 minit. Dari jauh lagi dah nampak bendera berkibar dari castle tu...sampai-sampai depan compound bangunan rasa terpegun sat tengok bangunan istana tu. Ingatkan bangunan ni dibina dengan teknologi pasang siap dan banyak guna plaster atau 'hollow brick', tapi rupanya dibina guna batu-batu 'betul' cam istana sebenar. Tiket masuk ke castle ni untuk kami sekeluarga (2 dewasa, 2 kanak-kanak – irfan tak kena bayar) ialah AU$38. Masuk je dalam, budak-budak boleh ambil topi, tiara atau pedang untuk digayakan sepanjang 'lawatan' ke istana tu. Sambil tu, kami diberikan set soalan untuk dijawab, yang mana 'clue' diletakkan dibeberapa check point. Di castle ni ada patung-patung zaman medieval, senjata macam pedang, tombak, perisai. Replika kuda, throne, kerusi raja, dewan makan, penjara dan tower-tower. Semua tower kami panjat untuk tangkap gambar punya pasal. Bila lepak kat atas tower tu memang rasa best je pasal angin kuat, pemandangan pun cantik, tapi nak naik tu penat sikit la pasal kena naik tangga pusing-pusing...kalau hujan tangga tu memang licin pasal semua buat dari besi. Di samping tu, ada jugak dolls room dan replika fairy tales dipamerkan cam Little Red Riding Hood. Koleksi anak patung memang banyak...rasanya antara yang banyak-banyak tu yang paling mahal sekarang ialah anak patung Michael Jackson..hehe. Di castle ni kami habiskan masa dalam dua jam...Bli Bli Castle ni pernah dapat award oleh kerajaan Queensland ke Australia beberapa tahun dulu, tapi laa ni mungkin orang dah tak seramai dulu, jadi macam kurang terbela tempat ni..
Lepas tu kami teruskan perjalanan, kononnya nak ke Big Pineapple – ada nanas besor macam simbol kat Pekan Nanas, tapi ni lagi besor. Masukkan alamat Big Pineapple dalam GPS, malangnya pusing punya pusing, yang ditunjuk adalah satu construction site yang ada banyak lori tengah buat kerja. Puas cari tak jumpa jugak, rasanya Big Pineapple dah jadi nanas dalam tin..hihi... Beberapa minggu lepas ada terbaca dalam suratkhabar yang Big Pineapple dah nak bankrap dan nak dilelong tanahnya, tapi tak sangka seawal ni...so hampeh la harapan nak bergambor dengan nanas besor...nanti ambik gambor kat Pekan Nanas je la...
Dah tak tau nak ke mana, kami pun tuju ke Bellingham Maze....nama pun Maze, so ada la maze yang dibuat dari majoritinya dengan pokok jenis pine. Nak masuk sini bayarnya AU$40 untuk kami sekeluarga. Tapi tengok kat gate masuk tak de orang jaga pun, so kalau tak bayar terus masuk je pun orang tak tau rasanya... Di maze ni, kena cari jalan ke fountain yang terletak di tengah-tengah maze. Lama jugak terpusing-pusing dalam maze ni nak cari jalan ke fountain...letih pun ye, tapi berjaya jugak kami jumpa fountain tu...dah habis tu, kami keluar dan jalan ke satu windmill dan rumah dwarfs dan patung snow white di hujung Bellingham Maze ni...
Selesai di Bellingham Maze, kami pergi singgah di Big W di Kawana Shopping Mall. Hari ni 2 Julai, Big W buat Toy Sale dan kami memang suka beli toys jadi singgahlah jugak untuk tengok-tengok toys. Beli la Wii Fit (dah lama plan nak beli, akhirnya beli jugak dengan gaji terakhir)..dan beli bear besor $10 dan dolls untuk souvenir anak-anak sedara di Malaysia. Pastu balik la ke apartment pasal semua dah kepenatan.
0 comments:
Post a Comment