Friday, July 10, 2009

Sydney Holiday – Day 1 (Sydney ke Jindabyne)


Terpaksa bangun pagi pukul 4.45 pagi untuk bersiap pasal flight kami pukul 8.00 pagi. Dari rumah bertolak jam 6.30 pagi dihantar oleh Abg Badri dengan 'Naza' Kia-nya, jalan jem sikit di pertengahan jalan ke airport. Kami sampai di airport jam lebih kurang 7.00 pagi dan terus ke baggage check-in. Kami bawak 2 hand luggage, 2 beg baju, 1 beg computer dan 1 stroller. Timbang kat rumah memang tak lebih kuota, tapi bila nak check-in operator tu kata 1 beg hand luggage tu tak menepati saiz, dan dikira sebagai beg biasa – waima beg tu saiz seakan sama hand luggage kami yang satu lagi. Tak pasal-pasal kami kena caj $70 untuk excess baggage (pasni nak buat komplen kat Virgin Blue airlines...bengang...bengang). Seperti biasa bila nak naik flight ni kelam kalibut sikit pasal memang jarang naik flight...selalu naik private jet je...hihi... Bila lalu kat mesin pengimbas tu, terlupa pulak keluarkan henset dari kocek, berbunyi pulak mesin tu, kena masuk lalu sekali lagi...Kami naik flight Virgin Blue, harga tiket dewasa $75 seorang. Masuk ke flight dalam jam 8.00pagi. Dalam 8.15pagi flight dah jalan. Perjalanan ke Sydney ambil masa dalam 1 jam 15 minit. Masa sampai transit dari Malaysia dulu sebelah malam, jadi tak nampak airport tu macamana kawasannya. Hari ni baru tau tempat mendarat kapal terbang tu kiri kanan air laut. Masa mendarat di Sydney suhunya 12 C, di Brisbane dalam 16 C, memang terasa bezanya. Beg-beg tak diperiksa bila sampai di Sydney Airport, jadi selamatlah segala bahan makanan yang dibawak.


Bersama-sama kami bercuti ni ialah akak dan abang ipar Azral – Kak Aida dan Yuswan. Diorang naik flight lain – Jetstar sepatutnya bertolak dalam pukul 9.00 pagi tapi flight telah dibatal dan diorang kena naik flight lain, jadi sampai lambat dalam jam 10.50 pagi. Kami yang sampai dulu terus pergi ke Thrifty car rental punya kaunter. Kereta memang dah siap booking dari awal, tapi memandangkan masa booking tak letak flight number, jadi kereta kami masih disimpan digaraj Thrifty. Kami mintak jenis Intermediate Wagon dan tempahan dibuat melalui laman web Maui Car Rental (Maui dengan Thrifty ada JV agaknya). Masa tempah dia tulis dapat Mitsubishi Outlander, tapi dapat Nissan X-Trail 2.5. Yuswan pun camtu gak, masa booking mintak Toyota Corolla, tapi dapat kereta lagi best – Ford Mondeo.


Kami bergerak keluar dari airport jam lebih kurang 12 tengahari, GPS pulak tersalah setting – tak tukar time dari Brisbane ke Sydney...patut la tak jumpa-jumpa satelit. Stop kejap kat tepi jalan untuk adjust GPS, pastu gerak semula menuju ke lokasi pertama KFC Bankstown. Di Sydney tu, guna GPS pun tersesat banyak kali pasal GPS pun 'pening', lambat bagi arahan untuk belok dan petanya ada 'lari' sikit. Apapun yang penting, sampai jugak di KFC Bankstown...makan KFC jugak akhirnya selepas setahun tak makan. Di KFC Bankstown ni, semua ayamnya halal kecuali Nugget dan Chicken Pop Corn. Lepas habis makan kami tuju ke Centro Bankstown untuk beli barang dapur sikit. Ingatkan Centro Bankstown tu kecik macam jenis-jenis shopping 'centro' di Brisbane, rupanya besor tempatnya, lebih kurang macam Indooroopilly Shopping Centre. Di dalam Centro Bankstown ni ada jugak Butcher Halal dan memang ramai orang arab dan ramai gak omputih Muslim kat sini.


Kami bertolak dari situ ke Jindabyne, jam dah pukul 3 petang. Terpaksa telefon tempat penginapan di Jindabyne untuk late check-in pasal perjalanan dari Sydney ke Jindabyne ambil masa 5 jam. Sepanjang kat Sydney dan dalam perjalanan ke Jindabyne – 2 kali kena tol. Satu di Bankstown, dan satu on the way ke Jindabyne...setiap satu $3.80. Yang kelakarnya masa first time tu, sampai kat tol booth, bila berhenti tengok, eh...tak de orang jaga, rupanya kena masukkan duit syiling dalam satu bakul kat mesin di tol tu...campak je duit dalam tu, pastu jalan atau kalau pakai duit kertas ada slot disediakan, tapi kena sedia wang kertas paling kecil $20. Sepanjang perjalanan ke Jindabyne tu, nampaklah suhu yang ditunjuk dalam kereta tu turun dari paling tinggi 17'C sampai ke 0'C. On the way tu berhenti 2 kali je untuk solat dan buang air... Ada satu masa tu tersalah masuk ke Goulburn, di Goulburn tu kami nampak replika kambing biri-biri gergasi – tingginya mau lebih 30 kaki...tapi hari dah gelap tak sempat bergambar, jadi lepas ni cadang nak singgah balik di situ masa balik nanti.




Di sini jam 4.45pm dah gelap...di Brisbane lambat sikit dalam jam 5.30pm. Jadi bila sampai di Jindabyne tu dah gelap cam pukul 10-11 di Malaysia. Kami menginap di Discovery Park. Susah jugak nak cari tempat ni. Mula-mula tu ingatkan nama lamanya Jindabyne Park, jadi singgah di Jindabyne Park, bukak peti surat dan jumpa 2 kunci (pasal org yang jaga tempat penginapan kami dia kata dia tinggalkan kunci dalam bekas)...tengok2 nama orang lain, nama Mat Salleh yang baru sampai lewat sikit dari kami. Keluar balik ke depan sikit jalan ke Perisher dan Thredbo (2 kawasan pergunungan snow)..dan akhirnya jumpa jugak tempat ni. Kunci kami disimpan dalam peti besi. Password peti besi dah dibagi masa kami telefon sebelum tu...betul-betul macam Amazing Race kami 2 kereta mencari kunci kabin.


Suhu di kabin masa tu dalam 4'C. Kabin kami ada 1 double bed dan 3 single (double decker / bunk bed – 2 atas, 1 bawah)....kabin ni bersih sangat dan very cozy. Siap microwave dan dapur gas. Kabin Yuswan dan Kak Aida tak de linen (cadar, selimut) dan bilik air (guna communal shower), jadi diorang tumpang mandi kat sini.


Sekarang ni jam 6.30pagi (8/7/09), baru abis tengok MJ Memorial programme...bangun seawal 4.15pagi pasal tak boleh nak tidur... Hari ni nak ke tempat snow...mungkin ke Perisher Valley...




0 comments:

NON-UTOPIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute