Saturday, July 25, 2009

Sydney Day 4

Hari ni hari nak bertolak keluar dari Sydney. Pagi-pagi dah bersiap pasal di sini check-out time pukul 10.00 pagi (mungkin satu Australia check-out time-nya jam 10.00). Dah serah kunci kabin, kami pun tuju ke destinasi seterusnya – kononnya nak beli KFC di Bankstown (takeaway). Sampai di KFC dekat jam 10.00 pagi, tapi sampai di situ tengok cam tak de kereta lain, lori sampah ada laa...pastu ada seorang pekerja KFC tengah sapu-sapu sampah kat luar. Kami tanya 'mamat' tu, dia kata 10.30 pagi baru bukak. Pasal lambat lagi nak bukak, maka kami pun putuskan untuk cari makan di Lakemba.



Pasal semalamnya rasa cam best jalan di Lakemba, hari ni singgah lagi. Selain dari cari 'benda' makan, singgah lagi di Halal Supermarket untuk beli emping pedas dan makanan lain. Lalu di depan Hariri Charcoal Chicken, tapi tak bukak lagi pulak...terus la jalan depan sikit, ternampak signboard 'bakery' dari jauh, ingatkan halal punya, rupanya Vietnamese punya bakery. Pada masa sama ternampak di seberang jalan orang ramai kat satu kedai kecik yang ada jugak tulis bakery. Kami pun lintas dan tengok orang tengah beratur nak beli pizza arab – pagi-pagi dah makan pizza. Pizzanya kecik je, saiz roti canai... atas roti tu dia letaklah apa yang kita order – ada cheese, daging, cheese + daging, oregano, cheese + oregano, dll... Pizza tu di bakar dalam oven 'manual' guna kayu 'penyodok' – pizza diletak atas kayu penyodok dan dimasukkan dalam dandang pembakar. Sekejap je bakarnya dalam 30 saat kot...selepas dikeluarkan dari 'oven', pizza tu dilipat dua, jadi melekatlah dia dek kerana cheese (yang ada cheeselah!!) tapi pendekata, tu lah antara pizza paling sedap pernah kami makan sama ada di Malaysia, atau Australia. Kami beli dua – cheese dan cheese + daging. Harga sekeping dalam $3.



Lepas beli pizza tu, kami singgah di Halal Supermarket, jumpalah tokeynya – seorang pakcik Indonesia yang dah 27 tahun duduk Australia. Bila kami cakap datang dari Malaysia, terus tukar 'slang' dia macam orang Malaysia. Selepas tu kami pergi semula ke Hariri Charcoal Chicken, yang dah bukak...tapi ayamnya kena tunggu pulak dalam 6 minit kalau tak silap. Kat sini jual ayam panggang macam yang banyak dijual ditepi jalan kat Malaysia contohnya di Sungai Buloh, tapi yang kat Malaysia tu ada perisa tambahan iaitu karbon monoksida dari asap kereta dan lori, tak ketinggalan bas. Kat sini dipanggang jugak tapi dalam oven-lah. Seekor harganya $14. Yang bestnya, ayam tu dibalut dengan sekeping roti besar macam tosey / capati, sebelum seterusnya dibungkus dalam kertas dan plastik. Tak tau apa muslihatnya, mungkin untuk serap minyak dari ayam tu. Di samping tu kami beli nasi ala-ala nasi bukhari - $6 sebungkus (kecik – tapi banyak..). Jugak dipendekkan cerita, tulah ayam panggang paling sedap pernah kami makan. Dia punya rempah memang 'mesra' betul dengan ayam tu. Keluar dari kedai tu, pergi balik ke kedai bakery / pizza tadi dan beli 2 keping lagi pizza. Gitu-gini dah lebih pukul 11 baru bertolak.



Perjalanan nak keluar dari Sydney agak sibuk. Nak keluar dari kawasan Sydney je ambil masa dalam 1 jam lebih. Perjalanan lepas tu jalannya turun naik bukit, tapi masih ada kawasan yang ada pemandangan menarik di kiri-kanan jalan. Kami teruskan perjalanan dan akhirnya sampai di Coffs Harbour dalam jam 6.00 petang, tapi dah gelap (macam jam 8 / 9 malam di Malaysia). Terus check-in di motel penginapan kami iaitu di Golden Glow Motel. Kami ambil family room – jenis studio, sewanya $99 semalam. Malam tu tido di situ sebelum teruskan perjalanan balik esoknya ke rumah di Brisbane.


Tuesday, July 21, 2009

Sydney Day 3

Setelah semalamnya makan McD buat kali pertama setelah setahun lebih tak makan, pada malam dan esoknya Ita kena allergic. Tak tau sebab apa, mungkin ada 'chemical' dalam bahan McD tu, mata dan muka jadi bengkak-bengkak, sambil tu demam...takut gak simptom swine flu. Tapi check2 tak de pun...jadinya bercuti di kabin je lah hari tu...




Pasal dah tak de benda nak buat, pi lah basuh baju2 kotor yang dah penuh 2 beg..guna mesin basuh di laundry room yang disediakan di tempat penginapan kami. Ratenya $3 utk sekali cuci dalam 20 minit dan $1 untuk dryer selama 20 minit jugak...dryer tu kira murah pasal selalunya kat luar $1 untuk 6/7 minit je....lama gak dok sorang2 cuci baju tu, dalam 2 jam lebih baru siap.




Petang tu, bila Ita dah baik sikit, kami pikir mana nak pi...last-last teringat Azran pernah sebut Lakemba. So, masukkan Lakemba dalam GPS dan bergerak ke sana... Sesampai di Lakemba, lalu di depan sebuah masjid...(ni kira best...pasal jumpa tempat orang Islam ramai). Cari punya cari parking, rupanya ada banyak tempat parking kat belakang kedai-kedai di situ. Pekan Lakemba ni shoplot row mengadap depan-depan je...hampir 90% kedai halal / muslim...banyak gak kedai jual jubah2 cantik2...kedai makan halal, Thai food, Indonesian food, Lebanese etc. Kami mula2 singgah di Halal Supermarket...milik orang Indonesia. Kat situ je abis dalam $50. Rupanya banyak kicap Habhal / Kipas Udang dijual di situ. Rasa tak berbaloi pi ke Randwick sehari sebelumnya...dahlah jem, dapat beli sikit je. Kat Lakemba ni lagi berpuluh-puluh ada stoknya. Beli jugak kerepek (emping belinjau pedas...) pasal dah lama tak makan kerepek2 style kampong ni... Pastu kami makan malam di Thai Hut – restoran thai – kami makan lauk tomyam dan lauk2 lain, cam makan kat Malaysia-lah. Semua dalam $45. Nasib baik tak order nasi goreng...nasi gorengnya walaupun untuk sorang, banyaknya macam untuk 4 orang... dah makan kat situ, hari pun dah gelap, so terus balik. Tu je lah aktiviti untuk hari tersebut...esok dah nak bertolak balik...

Sunday, July 19, 2009

Sydney Day 2

Selepas sehari sebelumnya 'pening' di tengah Sydney, hari kedua ada satu misi besor yang perlu diselesaikan – cari kicap habhal / kicap kipas udang – pasal di Brisbane tak ada kicap ni, selama ni makan kicap ABC je, tapi tak sesuai dengan selera, pasal pekat dan manis sangat. Pagi tu janji dengan dua lagi family Malaysian dari Brisbane yang kebetulan ada di Sydney pasal main sukan anjuran MASCA – Rozhan dan Rahmat. Telefon Rozhan, janji nak jumpa di Randwick. Tapi pagi tu kami buat research sikit dalam internet dan tengok kicap tu ada dijual di Good Luck Supermarket, di Sydney Market. Jadi, kami bagitau Rozhan, nak cuba cari di situ dulu yang mana lagi dekat dengan lokasi penginapan kami.


Perjalanan ke Sydney Market ambil masa dalam 20 minit dari tempat kami tinggal. Sampai di Sydney Market, tengok tempat tu terbahagi kepada tiga – satu tu jual barang-barang serbaguna, mostly secondhand dan satu jual barang-barang seperti sayur dan buah dan satu lagi tempat jual bunga-bungaan. Kami mula dengan tempat sayur dan buah...luas sangat tempatnya. Panjangnya lebih 100 meter rasanya, penuh sesak dengan orang. Buah dan sayur beraneka macam, murah dan lebih segar daripada di Brisbane. Kami pusing cari kedai jual kicap tak jumpa...terus lagi pergi ke sebelah belakang tapi yang ada cuma kedai-kedai jual barangan seperti sayur dan buah, tetapi ditutup. Mungkin semua peniaga berkumpul di tengah gudang tu untuk hari tu saja (hari minggu). Seterusnya singgah di tempat jual barang secondhand, cuba cari baju jersi NHL replika macam yang Azran kata, tapi tak jumpa jugak...masa jalan di situ, ternampak macam ada Asian Groceries di sebelah kawasan pasar. Kami pun belilah buah dan sayur sikit (salad sebesor bola sepak - $2 je..).


Selepas tu bertolaklah dari Sydney Market...cari punya cari kat sebelah tu, jumpalah Good Luck Supermarket...cari punya cari kicap yang dicari, tak de lah pulak...terpaksalah pergi juga ke Randwick. Randwick dari jarak kami masa tu ada dalam 20 km...tapi banyaknya traffic light dan kereta, sebabkan kami lambat...kicap tu ada dijual di Oriental Supermarket. Masa dalam perjalanan ke situ, dah sempat berpesan kat Rozhan, mintak belikan berapa botol yang dapat...malangnya ada 7 botol je yang tinggal...bahagian kami 3 botol. Dah sampai kat depan supermarket tu, susah pulak nak dapat parking, terpaksa jalan terus dan pakat dengan Rozhan jumpa kat depan sikit, tu pun main berhenti sebarang je...akhirnya dapat jugak kicap bertukar tangan ke tangan kami...


Selesai urusan kicap, kami bergegas keluar dari situ – 'rimas' dengan jemnya...masa dalam perjalanan balik baru terperasan ada perlawanan AFL (Bolasepak + ragbi Australia) dekat-dekat situ, patutlah jem... destinasi seterusnya...makan di McDonalds.


Kami masukkan alamat McDonalds yang ada dalam senarai makanan halal di NSW yang telah diprint di Brisbane, jalan punya jalan tak de lah pulak McDonalds di situ...jadi Lebai Malang sekali lagi. Kami pun putuskan untuk pergi ke Centro Bankstown shopping centre. Semasa di situ, cuba tinjau ke McDonalds yang ada di situ dan nasib kami baik, kat situ ada McDonalds halal...(walaupun Halal McDonalds di sini, tapi masih ada jual bacon – tapi pengurusan serving bacon dan non-bacon diberikan penekanan perbezaan berdasarkan klasifikasi oleh Australia Islamic Council tapi di KFC yang halal, tak de pun jual bacon sepertimana di KFC yang tak halal). Belilah McValue Big Mac satu set, double cheeseburger satu dan 3 kids meal. Bila nak makan, tengok-tengok burger tu kecik...kalau di Malaysia saiz KFC punya Colonel Burger je...(tak pasti pulak di Malaysia sekarang besor ke kecik burgernya). Dah habis makan di situ, kami pun pusing-pusing dalam shopping complex tu sebelum balik semula ke kabin penginapan. Semasa on the way balik singgah sat kat Krispy Kreme untuk beli donut bagi makan malam...donut paling manis, tapi tu je yang halal....hantam sajalah...


Wednesday, July 15, 2009

Sydney Day 1



Malam semalam semua keletihan setelah 5 jam lebih perjalanan. Hari ni nak berjalan-jalan di bandaraya Sydney-lah kononnya. Setelah puas membelek brosur-brosur berkaitan pengangkutan awam di Sydney, akhirnya kami putuskan untuk naik feri ke bandar. Nak bawak kereta ke bandar memang payah pasal kenderaan banyak, jalan sesak dan pemandu-pemandu di Sydney ni 'ganas-ganas' sikit, tak macam pemandu di Brisbane yang lebih berhemah. Sebab kedua ialah parking. Di Sydney memang susah nak dapat parking dan kalau ada pun mahal-mahal belaka. Contohya, Yuswan yang menginap di Meriton di tengah Sydney, kena bayar sewa parking di hotel penginapan sebanyak $35 semalam. Jadi cara terbaik ialah dengan pengangkutan awam.



Setelah mengenalpasti tempat untuk mengambil feri, kami pun tuju ke lokasi jeti tersebut iaitu di Kissing Point (censored punya nama..). Tak banyak kereta yang diletakkan di situ, mungkin tak ramai orang gunakan pengangkutan feri. Feri tiba tak lama setelah kami menunggu. Berbanding dengan CityCat di Sungai Brisbane, feri di Sydney lebih besar dan lebih using. Walaupun laju tapi disebabkan saiznya yang besar, terasa 'berayun' bila dia berhenti untuk mengambil penumpang. Tepi feri pun macam tak cukup pelampung, macam tak de letak tayar pasal bunyi besi 'gedegang' kuat bila berlaga dengan batu jeti. Kalau di Brisbane, tiket dibeli di penjaga panel di tengah feri, di feri ni, ada konduktor tiket. Kami beli tiket seharian sekeluarga (boleh juga guna naik bas dan tren) berjumlah $17 + $17 + $8.60. Hanya seorang kanak-kanak yang dikenakan caj, jadi jimat sikitlah... Nak murah lagi naiklah hari Ahad - $2.50 flat rate setiap orang. Mungkin pasal dah biasa naik feri di Brisbane dan bot (bot penguatkuasa, bomba malahan bot pancung) di Port Dickson sebelum ni, maka keghairahan naik feri kurang terasa, tak macam masa naik feri Pulau Pinang masa zaman kanak-kanak dulu. Apapun, pemandangan di luar memang cantik, terutama bila dah dekat dengan kawasan bandar – ada nampak Cockatoo Island – macam tempat peninggalan bengkel jentera berat yang dah dikomersialkan jadi tapak perkhemahan. Lepas tu bila menghampiri perhentian Darling Harbour, ternampaklah pelbagai jenis kapal, dari jenis kapal zaman silam Captain Cook, kepada kapal perang – semuanya ada di situ bagi tujuan komersial. Setelah berhenti seketika di Darling Harbour, feri yang kami naiki bergerak ke perhentian terakhir iaitu di Circular Quay..di situlah mula nampak Sydney Bridge dan Sydney Opera House – dua icon Sydney dan Australia.



Kami turun di situ, berjumpa kembali dengan Yuswan dan Kak Aida setelah berjanji untuk jumpa di situ. Turun dari feri dan setelah selesai 'urusan' budak-budak di tandas, kami pun bergerak ke Sydney Opera House. Bangunan ni nampaknya sekarang dah using sikit, mungkin pasal dah lama tak 'maintain'. Satu hari nanti mesti dicat kembali rasanya. Kami berjalan keliling bangunan, puaslah berposing dan kemudiannya singgah di 'souvenir shop' yang terletak di bawah dan satu lagi di tingkat satu. Souvenir di sini mahal-mahal belaka. Kami cuma beli fridge magnet saja, tak de la sampai beli tiket untuk tengok show... Dah selesai disitu, kami berpecah untuk cari makan. Yuswan dan wife nak cari makanan Melayu, kami nak cari fish & chip halal...sambil tu sempat telefon member – Mano, bagitau dia kami ada di Sydney. Mano ni student di UNSW. Jauh jugak kami berjalan, lalulah dicelah-celah lorong kedai dengan suasana ala-Italia..jalan punya jalan mencari kedai makan di Kent St. sampailah tersesat-sesat tapi akhirnya terjumpa juga kedai tersebut. Sayangnya, kedai tersebut adalah dari jenis high class – nampak orang minum wain lagi dalamnya, langsung tak jadi nak makan di situ. Seterusnya kami nekad naik bas, mintak drebar bas bagitau mana nak turun – kami nak ke Darling Harbour. Bila dah sampai, drebar bas bagitau...kami turun di George St, di tengah kesesakan kota Sydney. Lintas jalan terus pergi masuk ke Queen Victoria Building...cuba cari makan di situ tapi tak jumpa – yang ada Malaysian Laksa, tapi tak halal... Selang 30 minit di situ, Mano pun sampai. Dia bawak kami ke Darling Harbour. Kami makan di Pancakes on the Rock di situ... makan pancake dan fishermen basket meal – tu je yang boleh dimakan, tengok menu lain tak de yang halal pun...


Berbeza dengan tengah bandar Sydney sebelumnya, suasana di Darling Harbour lagi cantik dan menarik. Di situlah ada Sydney Aquarium, Sydney Wildlife, ada kapal-kapal pelbagai jenis, Convention Centre dan sebelah malam banyak pusat-pusat hiburan di situ. Jumpa dengan Mano setakat di situ saja, pasal kami dah janji dengan Yuswan dan Kak Aida untuk jumpa di hotel penginapan mereka. Menapaklah lagi kami ke hotel mereka....high class punya hotel – di tengah bandar betul, nampak Darling Harbour dari bilik hotel mereka ditingkat 35 kalau tak silap. Hotel ni 55 tingkat. Kisahnya, merekapun cuma beli roti untuk lunch di Coles. Restoran Melayu yang dicari dah tak wujud.


Selesai solat di bilik hotel mereka, kami turun ke bawah. Rupanya ada kedai pizza dan kebab di sebelah hotel...belilah pizza 3 = $10 dan kebab plate untuk bawak balik ke kabin kami. Sampai di jeti untuk balik di Darling Harbour, Afif pulak sakit perut – 'mencajor' cari tandas, terpaksa tumpang tandas di salah satu bar kat situ...bar tu ada karaoke room dan bowling 'kosmik' lagi... bila balik semula ke jeti, feri dah sampai – tak sempat nak kejar. Ingatkan feri seterusnya lagi 15 minit...rupanya lagi sejam – terpaksalah menunggu pasal dah terlalu letih nak jalan ke mana-mana lagi...jam masa tu dah 7.00 malam kalau tak silap.



Akhirnya feri kami sampai dan kami pun baliklah ke kabin... Kesimpulannya, memang bercuti di bandar tak sesuai dengan selera dan jiwa kami sekeluarga...penat je lebih, tak de keseronokan...hantarlah ke Beverly Hills ke, Las Vegas ke, lagi tension rasanya....malam tu semua tidur keletihan, lebih letih dari malam sebelumnya yang ada 5 jam perjalanan...cukuplah dapat bergambar di Sydney Opera House...tak kuasa nak masuk bandar Sydney tu lagi...


Sunday, July 12, 2009

The Lost Blog – Port Dickson Insider Guide

I've once managed a blog focusing on Port Dickson – a tourist spot in West Coast of Peninsular Malaysia – the coastal district or also known as tourism district of the state of Negeri Sembilan. The blog title was Port Dickson Insider Guide. I just did random check on the blog and surprisingly it ranked no. 3 when you google on 'Port Dickson Insider Guide'...

Here is the link to the blog - http://port-dickson-guide.blogspot.com/.

Since I've lost the login ID and password for this blog...I hope I still can continue this niche inside this blog. Hope to get a 'standard' domain name very soon for this blog too.

The Port Dickson / PD guide is solely based on my 5 years experience as PD's citizen and during my 5 years service as Assistant District Officer there...Hope will go there again when I'm back in Malaysia...

Saturday, July 11, 2009

Sydney Holiday Day 3 – Jindabyne ke Sydney


Hari ni perjalanan balik ke Sydney dari Jindabyne setelah seharian semalam bergelumang dengan snow...(bukan bergelumang dengan dosa...tak rela u...). Setelah pulang kunci kabin, kami pi isi minyak di stesen minyak dekat dengan kabin kami. Dapat la diskaun 2 sen seliter pasal stay kat kabin tu...(pandai betul diorang pakat). Minyak di Jindabyne mahal sikit...mahal dalam 10 sen seliter dari harga biasa, mungkin pasal dekat dengan snow, jadi takut minyak beku...yang tak takut minyak beku orang Batu Pahat je, pasal tu ada tempat nama Minyak Beku. Teringat masa kerja adjuster dulu nak cari tempat kilang chipboard insured di minyak beku...pusing-pusing termasuk satu lorong, bukak tingkap kereta bau busuk...tengok-tengok – alamak kandang babi daa....


Sebelum turun dari Jindabyne, cuba cari lookout (tempat meninjau) di Waste Point, Jindabyne...jauh jugak dari kabin kami, sepatutnya lookout tu cantik nampak tasik, tapi tasik hari tu agak kering, jadi tak cantiklah pemandangan. Terpaksa singgah di satu park dalam perjalanan pulang yang nampak lagi cantik tasiknya.



Perjalanan dari Jindabyne ke Sydney agak meletihkan tapi pemandangan memang menarik. Banyak ladang-ladang lembu dan biri-biri di kiri kanan jalan. Ada lalu di sebelah Jindabyne airport, kecik je airportnya...adalah 2 biji kapalterbang saiz Cessna kat situ. Dah lama tak drive jauh, memang terasa letih. Nasib baik sampai haritu malam, jadi tak tengok lagi pemandangan, kalau dua kali tengok pun boring jugak rasanya.




Dalam perjalanan ke Sydney, kami singgah di Canberra. Terpisah pulak antara dua kereta kami semua dek traffic light Canberra, langsung sesat masing-masing. Tapi akhirnya jumpa jugak di satu tempat dekat dengan jambatan. Tak de apa-apa yang menarik di Canberra. Nasib baik tak mintak Australia National University (ANU), kalau tak mesti boring duduk kat ibu negara Australia ni. Kami cuma singgah di Botanical Garden-nya saja untuk buang air dan makan tengahari. Sambil tu beli fridge magnet satu...sebagai bukti dah sampai Canberra.





Perjalanan diteruskan dan kami singgah sebentar di satu kawasan rehat untuk solat. Sini nak solat, kat mana-mana aje...pasal tak de disediakan tempat khusus macam di Malaysia. Selepas tu jalan balik dan berpecah antara dua kereta. Kereta Yuswan pergi ke hotel mereka di tengah Sydney, kami cari tempat kami di Dural (pinggir bandar). Kami singgah pulak kat mana ntah nama tempat tu untuk isi minyak, sebelum jalan balik. Lepas tu lalu M7 – highway yang tak de tol booth tapi still kena bayar dengan mendaftar nombor kenderaan dan kad kredit dalam website www.roam.com.au.


Bila dah dekat dengan tempat penginapan kami, still tersangkut lagi pasal jem, masa tu orang balik kerja...akhirnya sampai dah dalam 7.20 malam...kunci ambik dalam peti besi. Kami menginap di Sydney Hills Caravan Park. Tapi kabin di sini separuh je dari yang di Jindabyne...kiranya downgraded la... Malam tu pasal lapar, cari jugak KFC...pergi balik KFC Bankstown haritu...1 jam perjalanan pergi balik...balik-balik tengok ayamnya overcooked lak...hantam saja lah!!!





Friday, July 10, 2009

Sydney Holiday Day 2 – Snowy Mountain


Pagi ni semua dah bangun dalam pukul 6.00 pagi. Kami sekeluarga bersiap untuk pergi ke tempat snow. Budak-budak pakai baju tidur sebelah dalam dan luarnya baju dan seluar jumper jenis kain fleece. Mak bapaknya pakai t-shirt sebelah dalam dan jugak baju, seluar fleece sebelah luar. Baju seluar fleece tu memang dah siap-siap beli masa kat Brisbane lagi semata-mata untuk main salji. Sementara kami bersiap di bilik, Yuswan pergi ke main office tempat kami menginap untuk jelaskan bayaran bilik cabin penginapannya. Pekerja di situ 'bising' kami sampai waktu malam pasal keadaan jalan agak bahaya pasal banyak binatang berkeliaran – memangpun, malam sebelum tu 4wd kami hampir langgar seekor kangaroo yang agak besor, tapi nasib baik kangaroo tu patah balik separuh jalan masa dia nak lintas....




Selepas bersiap di bilik, kami pergi ke tempat sewa pakaian salji di sebelah main office tempat kami menginap. Masa naik kereta tu, ingatkan depan cermin kereta ada wap, bila gerakkan wiper tak mau hilang – rupanya ada 'frost'...6-7 kali pancit air baru hilang. Sewa di situ dapat diskaun 10% pasal menginap di sebelah. Kelam kabut sungguh masa nak dapatkan saiz yang betul setiap sorang. Kaedah diguna, orang kedai yang carikan saiz – bukan cari sendiri...kalau cari sendiri habis bersepah rasanya kedai tu... Pergi ke tempat snow ni, gloves dan beanie je bawak sendiri, yang lain boleh sewa. Baju dan seluar semuanya jenis kalis air, tak ketinggalan kasut but – pun kalis air. Ifah dan Afif tak sewa seluar pasal masing-masing dah dibelikan jaket...Jaket Afif memang dah beli di Malaysia..ni kali pertama nak pakai. Jaket Irfan pun dah beli kat Ebay AU, tapi pasal dia kena pakai snowsuit, jadi kami terpaksalah sewa snow suit. Kasut semua sewa, dan yang dewasa sewa baju dan jaket sekali. Semua sekali untuk kami sekeluarga dan Yuswan sekeluarga kosnya $225 termasuk sewa 'toboggan' – 2 saiz biasa, 1 saiz baby. Sewa dikira sehari tapi kena pulang sebelum pukul 7.00 malam. Baju tu kami pakai siap-siap pasal nak terus pergi tempat snow.



Nak ke tempat snow tu ada 2 kaedah...sama ada bawak keta sendiri lalu Koscziusko National Park ataupun naik satu perkhidmatan tren yang dinamakan Skitube. Kami pilih kaedah yang kedua, pasal nak bawak keta sendiri, nak kena sewa 'snow chain' untuk keta Yuswan – kami tak payah pasal guna 4wd. Snow chain tu macam jaring besi yang dipasang ditayar untuk lalu jalan licin. Jarak dari tempat penginapan kami ke Skitube punya terminal adalah dalam 25 minit rasanya. On the way ke situ bila nampak snow kat puncak gunung rasa 'bestnya'...maklumlah selalu tengok snow kat TV je. Sesampai di terminal Skitube, kami beli tiket – untuk kami sekeluarga kosnya $112. Kat terminal tu pun ada kedai sewa barang ski dan kedai souvenir. Kami singgah beli souvenir sat. Ski tak sewa / main pasal tak cukup bajet. Lagipun kalau nak ski, elok belajar sikit – tapi kena bayar lain untuk lesson tu. Skitube tu dia macam merentas gunung guna laluan bawah tanah. Kalau ikut maklumatnya dalam 500 meter bawah tanah. Tapi itu tren terburuk kami pernah naik...memang seat plastik dan body besi je.. Lama jugak naik skitube tu, lebih 20 minit rasanya baru sampai di tempat berhenti pertamanya, Perisher. Ada satu lagi tempat berhenti – Blue Cow Mountain. Kami turun di Perisher...bila bukak pintu ke snow field tu...terpegun sungguh tengok snow...maklumlah kali pertama tengok snow depan mata...Irfan yang masa sebelum naik skitube dah tak boleh duduk diam asyik moody je, terus elok dan tengok dia seronok sungguh dapat jumpa snow. Memang dia yang jadi 'pemangkin' nak bercuti tempat snow pasal dia tengok orang main snow dalam tv dan dia kata 'nak pergi situ..' – akhirnya sampai jugak tempat snow. Ada orang main ski, naik snow mobile dan kenderaan-kenderaan snow yang lain. Keluar pintu terus bergambar, pastu kena tegur dengan staf kat situ pasal kat depan pintu tu bahaya, takut ais jatuh dari balkoni atas bangunan. Kami pun simpan beg dalam loker – sewa loker $12 – dan terus bergerak ke tempat orang main 'toboggan'.




Semua main toboggan, meluncur dari atas slope, turun ke bawah...kadang-kadang naik 2 orang. Irfan je tak slide jauh-jauh pasal yang baby punya toboggan tak sesuai untuk slide jauh... lepas puas bertoboggan, pergilah main di tempat lain, cuba buat snowman tapi tak jadi pasal ais keras...last-last ambil gambar dengan snowman yang dah dibuat oleh orang lain...pastu jalan-jalan lagi, terjumpa ais yang lagi lembut...rupanya snow ni ada banyak 'jenis' yang keras, lembut, peroi...dll. Kami di Perisher tu ada dalam 3 jam jugak, lepas tu kami naik skitube lagi bergerak ke Blue Cow. Ke Blue Cow tak dibenar bawak toboggan, jadi toboggan kami tumpang kat marshal disitu punya ofis. Sesampai di Blue Cow, tengok orang main ski dan snowboarding...memang ramai, tapi majority omputih la...memang omputih je yang ramai kat tempat salji tu. Bangsa lain termasuk kami mungkin cuma 5% je. Kami lunch kat meja makan yang disediakan kat situ dan lepas tu pi tangkap gambar kat kawasan yang ada pokok-pokok dengan daun, dahan ber'frost' di situ. Pemandangan di Blue Cow lagi cantik dari Perisher dan saljinya pun lagi lembut...macam 'icing' kata Kak Aida...memangpun. Dah selesai di situ, kami turun balik ke Perisher untuk ambil toboggan dan pastu naik skitube turun ke bawah untuk balik. Masa tu dah jam lebih kurang 4.00 petang. Skitube tu beroperasi 24 jam dan snowfield tu memang boleh masuk sampai tengah malam pun boleh main...Malam tu dalam jam 6.00ptg, kami pun pulangkan baju-baju yang disewa. Dinner malam tu beramai-ramai makan lauk sardine dengan telur je....pastu semua tidur kepenatan...tapi kalau boleh nak pergi lagi main snow, apakan daya tak cukup bajet...sekurang-kurangnya merasalah sekali seumur hidup pegang snow...ye tak?!!



Nota :

1) Snow tu rasanya tawar hambar – tak sama dengan air batu yang dibeli di kedai...lagi tawar....silap gak tak bawak sirap..kalau tak jadi ais kepal... nak sedap lagi bawak kacang, coklat dll...takpun bawak apek warung batu kat JB tu...untuk buat ABC...hihi


2) Adik @ Afif bawak balik ketulan2 snow dalam bekas tupperware dari Blue Cow, dia kata nak bawak balik Malaysia...tapi malam tu dah buang dah masa kat kabin...




Sydney Holiday – Day 1 (Sydney ke Jindabyne)


Terpaksa bangun pagi pukul 4.45 pagi untuk bersiap pasal flight kami pukul 8.00 pagi. Dari rumah bertolak jam 6.30 pagi dihantar oleh Abg Badri dengan 'Naza' Kia-nya, jalan jem sikit di pertengahan jalan ke airport. Kami sampai di airport jam lebih kurang 7.00 pagi dan terus ke baggage check-in. Kami bawak 2 hand luggage, 2 beg baju, 1 beg computer dan 1 stroller. Timbang kat rumah memang tak lebih kuota, tapi bila nak check-in operator tu kata 1 beg hand luggage tu tak menepati saiz, dan dikira sebagai beg biasa – waima beg tu saiz seakan sama hand luggage kami yang satu lagi. Tak pasal-pasal kami kena caj $70 untuk excess baggage (pasni nak buat komplen kat Virgin Blue airlines...bengang...bengang). Seperti biasa bila nak naik flight ni kelam kalibut sikit pasal memang jarang naik flight...selalu naik private jet je...hihi... Bila lalu kat mesin pengimbas tu, terlupa pulak keluarkan henset dari kocek, berbunyi pulak mesin tu, kena masuk lalu sekali lagi...Kami naik flight Virgin Blue, harga tiket dewasa $75 seorang. Masuk ke flight dalam jam 8.00pagi. Dalam 8.15pagi flight dah jalan. Perjalanan ke Sydney ambil masa dalam 1 jam 15 minit. Masa sampai transit dari Malaysia dulu sebelah malam, jadi tak nampak airport tu macamana kawasannya. Hari ni baru tau tempat mendarat kapal terbang tu kiri kanan air laut. Masa mendarat di Sydney suhunya 12 C, di Brisbane dalam 16 C, memang terasa bezanya. Beg-beg tak diperiksa bila sampai di Sydney Airport, jadi selamatlah segala bahan makanan yang dibawak.


Bersama-sama kami bercuti ni ialah akak dan abang ipar Azral – Kak Aida dan Yuswan. Diorang naik flight lain – Jetstar sepatutnya bertolak dalam pukul 9.00 pagi tapi flight telah dibatal dan diorang kena naik flight lain, jadi sampai lambat dalam jam 10.50 pagi. Kami yang sampai dulu terus pergi ke Thrifty car rental punya kaunter. Kereta memang dah siap booking dari awal, tapi memandangkan masa booking tak letak flight number, jadi kereta kami masih disimpan digaraj Thrifty. Kami mintak jenis Intermediate Wagon dan tempahan dibuat melalui laman web Maui Car Rental (Maui dengan Thrifty ada JV agaknya). Masa tempah dia tulis dapat Mitsubishi Outlander, tapi dapat Nissan X-Trail 2.5. Yuswan pun camtu gak, masa booking mintak Toyota Corolla, tapi dapat kereta lagi best – Ford Mondeo.


Kami bergerak keluar dari airport jam lebih kurang 12 tengahari, GPS pulak tersalah setting – tak tukar time dari Brisbane ke Sydney...patut la tak jumpa-jumpa satelit. Stop kejap kat tepi jalan untuk adjust GPS, pastu gerak semula menuju ke lokasi pertama KFC Bankstown. Di Sydney tu, guna GPS pun tersesat banyak kali pasal GPS pun 'pening', lambat bagi arahan untuk belok dan petanya ada 'lari' sikit. Apapun yang penting, sampai jugak di KFC Bankstown...makan KFC jugak akhirnya selepas setahun tak makan. Di KFC Bankstown ni, semua ayamnya halal kecuali Nugget dan Chicken Pop Corn. Lepas habis makan kami tuju ke Centro Bankstown untuk beli barang dapur sikit. Ingatkan Centro Bankstown tu kecik macam jenis-jenis shopping 'centro' di Brisbane, rupanya besor tempatnya, lebih kurang macam Indooroopilly Shopping Centre. Di dalam Centro Bankstown ni ada jugak Butcher Halal dan memang ramai orang arab dan ramai gak omputih Muslim kat sini.


Kami bertolak dari situ ke Jindabyne, jam dah pukul 3 petang. Terpaksa telefon tempat penginapan di Jindabyne untuk late check-in pasal perjalanan dari Sydney ke Jindabyne ambil masa 5 jam. Sepanjang kat Sydney dan dalam perjalanan ke Jindabyne – 2 kali kena tol. Satu di Bankstown, dan satu on the way ke Jindabyne...setiap satu $3.80. Yang kelakarnya masa first time tu, sampai kat tol booth, bila berhenti tengok, eh...tak de orang jaga, rupanya kena masukkan duit syiling dalam satu bakul kat mesin di tol tu...campak je duit dalam tu, pastu jalan atau kalau pakai duit kertas ada slot disediakan, tapi kena sedia wang kertas paling kecil $20. Sepanjang perjalanan ke Jindabyne tu, nampaklah suhu yang ditunjuk dalam kereta tu turun dari paling tinggi 17'C sampai ke 0'C. On the way tu berhenti 2 kali je untuk solat dan buang air... Ada satu masa tu tersalah masuk ke Goulburn, di Goulburn tu kami nampak replika kambing biri-biri gergasi – tingginya mau lebih 30 kaki...tapi hari dah gelap tak sempat bergambar, jadi lepas ni cadang nak singgah balik di situ masa balik nanti.




Di sini jam 4.45pm dah gelap...di Brisbane lambat sikit dalam jam 5.30pm. Jadi bila sampai di Jindabyne tu dah gelap cam pukul 10-11 di Malaysia. Kami menginap di Discovery Park. Susah jugak nak cari tempat ni. Mula-mula tu ingatkan nama lamanya Jindabyne Park, jadi singgah di Jindabyne Park, bukak peti surat dan jumpa 2 kunci (pasal org yang jaga tempat penginapan kami dia kata dia tinggalkan kunci dalam bekas)...tengok2 nama orang lain, nama Mat Salleh yang baru sampai lewat sikit dari kami. Keluar balik ke depan sikit jalan ke Perisher dan Thredbo (2 kawasan pergunungan snow)..dan akhirnya jumpa jugak tempat ni. Kunci kami disimpan dalam peti besi. Password peti besi dah dibagi masa kami telefon sebelum tu...betul-betul macam Amazing Race kami 2 kereta mencari kunci kabin.


Suhu di kabin masa tu dalam 4'C. Kabin kami ada 1 double bed dan 3 single (double decker / bunk bed – 2 atas, 1 bawah)....kabin ni bersih sangat dan very cozy. Siap microwave dan dapur gas. Kabin Yuswan dan Kak Aida tak de linen (cadar, selimut) dan bilik air (guna communal shower), jadi diorang tumpang mandi kat sini.


Sekarang ni jam 6.30pagi (8/7/09), baru abis tengok MJ Memorial programme...bangun seawal 4.15pagi pasal tak boleh nak tidur... Hari ni nak ke tempat snow...mungkin ke Perisher Valley...




Saturday, July 4, 2009

Sunshine Coast Day 3


Hari ni hari ke-3 kami di Sunshine Coast. Semalam macam dah penat jadi hari ni decide untuk rileks dekat-dekat sini aje – mandi laut ke, apa-apa ke... Pukul 9.30 pagi keluar dari apartment, siap-siap pakai baju swimming semua sekali pasal pantai dalam 50 meter je dari apartment kami. Sampai je kat pantai, nampak orang kumpul ramai-ramai kat satu tempat di pantai tu... datang dekat-dekat rupanya orang baru naikkan ikan. Kat sini tak de pelabuhan pun, tapi ikan tu diletak di atas pantai. Rasanya mau beribu-ribu ekor ikan. Ada dalam 7 orang pekerja memunggah ikan keluar masuk dari 4wd dan jala yang ada atas pantai. Ada seorang perempuan tua pakai jaket fluorescent tengah asing-asingkan ikan. Kami datang dekat-dekat tengok apa diorang buat. Rupanya perempuan tu tengah asingkan ikan jantan dan ikan betina – sekilas ikan di air dah tau jantan betina. Dekat dengan dia ada satu tong ikan lain yang diisi dengan ikan yang diasingkan. Ikan-ikan yang dah dipilih dan diasingkan akan dihantar naik ke kapal dalam tempoh 24 atau 48 jam...tu yang aku paham. Dan tong yang diasingkan tu berisi ikan yang saiznya tak sesuai untuk di'eksport' pasal kecik sikit. Ikan yang kecik (tapi sebenarnya seekor mau dalam ½ - 1 kilo) tu bolehlah dibeli oleh sesiapa kat pantai tu. Ikan jenis 'mullet' harga paling murah pernah kami jumpa – AU$1 seekor, kat luar biasanya paling murah $3.99 sekilo, tu pun dah tak berapa fresh. Kami pun apa lagi – ambik la 5 ekor terus, tengahari terus bakar makan dengan nasi, butter dan kicap...nyam...nyam.




Lepas beli ikan tu, budak-budak duduk main pasir, dan pastu kami pi mandi laut – ada la dalam 20 minit je mandi pasal airnya sejuk cam air batu....habis dok kat pantai, pi strolling sampai kat park ke hujung pantai. Suasana kat pantai ni memang best, pasal ada disediakan walkway untuk orang jogging, main skateboard, skuter dsb dan strolling. Pasir pantai pun best...berbeza dengan keadaan di Gold Coast yang seumpama PD, di mana bangunan dah 'makan' sampai ke pantai, kat sini pantainya masih senang nak diakses oleh public.


Petang tu kami pi ronda-ronda ke tempat Under Waterworld di Mooloolaba. Tapi tak masuk pun dalam tu pasal tengok gambar diinternet macam tak best. Rasanya apa yang ada di Langkawi lagi besor dari apa yang ada di sini. Lepas pi bergambar, dekat-dekat marina di Mooloolaba, kami pun ronda ke town centre of Sunshine Coast...macam Buranda je rasanya, tak besor manapun, yang besor cuma shoping complex Sunshine Plaza, tapi tak singgah pun pasal dah tutup (pukul 5 ++ masa tu), dan shoping dia pun sama je dalamnya biasanya yang ada Target, takpun K Mart, BigW, Woolworth takpun Coles.



Malam terpaksa kemas-kemas apartment pasal esok kena checkout pagi. Kami cadang nak ke flea market terbesar di Queensland – Eumundi Market dan pastu singgah di Australia Nougat – tempat buat nougat dan ronda-ronda di Noosa sebelum balik semula ke Runcorn. On way balik mungkin singgah lagi di Strawberry Fields.


Sunshine Coast Day 2

Hari ni rancangan asal nak ke dua lokasi Bellingham Maze dan Big Pineapple, tapi rancangan bertukar pulak, kami tuju ke Bli Bli dulu. Di Bli Bli kami pergi ke The Castle...istana zaman kolonial ala-ala 'medieval era'. Perjalanan dari tempat penginapan kami ke Bli Bli Castle mengambil masa lebih kurang 30 minit. Dari jauh lagi dah nampak bendera berkibar dari castle tu...sampai-sampai depan compound bangunan rasa terpegun sat tengok bangunan istana tu. Ingatkan bangunan ni dibina dengan teknologi pasang siap dan banyak guna plaster atau 'hollow brick', tapi rupanya dibina guna batu-batu 'betul' cam istana sebenar. Tiket masuk ke castle ni untuk kami sekeluarga (2 dewasa, 2 kanak-kanak – irfan tak kena bayar) ialah AU$38. Masuk je dalam, budak-budak boleh ambil topi, tiara atau pedang untuk digayakan sepanjang 'lawatan' ke istana tu. Sambil tu, kami diberikan set soalan untuk dijawab, yang mana 'clue' diletakkan dibeberapa check point. Di castle ni ada patung-patung zaman medieval, senjata macam pedang, tombak, perisai. Replika kuda, throne, kerusi raja, dewan makan, penjara dan tower-tower. Semua tower kami panjat untuk tangkap gambar punya pasal. Bila lepak kat atas tower tu memang rasa best je pasal angin kuat, pemandangan pun cantik, tapi nak naik tu penat sikit la pasal kena naik tangga pusing-pusing...kalau hujan tangga tu memang licin pasal semua buat dari besi. Di samping tu, ada jugak dolls room dan replika fairy tales dipamerkan cam Little Red Riding Hood. Koleksi anak patung memang banyak...rasanya antara yang banyak-banyak tu yang paling mahal sekarang ialah anak patung Michael Jackson..hehe. Di castle ni kami habiskan masa dalam dua jam...Bli Bli Castle ni pernah dapat award oleh kerajaan Queensland ke Australia beberapa tahun dulu, tapi laa ni mungkin orang dah tak seramai dulu, jadi macam kurang terbela tempat ni..




Lepas tu kami teruskan perjalanan, kononnya nak ke Big Pineapple – ada nanas besor macam simbol kat Pekan Nanas, tapi ni lagi besor. Masukkan alamat Big Pineapple dalam GPS, malangnya pusing punya pusing, yang ditunjuk adalah satu construction site yang ada banyak lori tengah buat kerja. Puas cari tak jumpa jugak, rasanya Big Pineapple dah jadi nanas dalam tin..hihi... Beberapa minggu lepas ada terbaca dalam suratkhabar yang Big Pineapple dah nak bankrap dan nak dilelong tanahnya, tapi tak sangka seawal ni...so hampeh la harapan nak bergambor dengan nanas besor...nanti ambik gambor kat Pekan Nanas je la...



Dah tak tau nak ke mana, kami pun tuju ke Bellingham Maze....nama pun Maze, so ada la maze yang dibuat dari majoritinya dengan pokok jenis pine. Nak masuk sini bayarnya AU$40 untuk kami sekeluarga. Tapi tengok kat gate masuk tak de orang jaga pun, so kalau tak bayar terus masuk je pun orang tak tau rasanya... Di maze ni, kena cari jalan ke fountain yang terletak di tengah-tengah maze. Lama jugak terpusing-pusing dalam maze ni nak cari jalan ke fountain...letih pun ye, tapi berjaya jugak kami jumpa fountain tu...dah habis tu, kami keluar dan jalan ke satu windmill dan rumah dwarfs dan patung snow white di hujung Bellingham Maze ni...




Selesai di Bellingham Maze, kami pergi singgah di Big W di Kawana Shopping Mall. Hari ni 2 Julai, Big W buat Toy Sale dan kami memang suka beli toys jadi singgahlah jugak untuk tengok-tengok toys. Beli la Wii Fit (dah lama plan nak beli, akhirnya beli jugak dengan gaji terakhir)..dan beli bear besor $10 dan dolls untuk souvenir anak-anak sedara di Malaysia. Pastu balik la ke apartment pasal semua dah kepenatan.



Sunshine Coast Holiday – Day 1



1 Julai 2009 - Perjalanan dari rumah kami ke Sunshine Coast mengambil masa lebih kurang 2 jam (lebih kurang 90km) dengan kereta mini kami. Kereta kami penuh sarat disumbat dengan dua bagasi – satu isi pakaian, satu isi makanan dan beg-beg kecil lain. Malam sebelumnya, terpaksa isi minyak penuh pasal hari beikutnya subsidi minyak tidak lagi diberi oleh kerajaan Queensland – harga minyak naik 8 sen...sekarang dalam lingkungan AU$1.20 seliter. Perjalanan bergantung penuh pada GPS Garmin yang dipasang dalam kereta – kalau Lee (nama orang yang bercakap dalam GPS) sesat, kami pun sesat sama...


Semasa dalam perjalanan, berhenti sekejap di stesen minyak Caltex mencari ATM machine. Lepas keluar duit, ingatkan masuk balik ke Bruce Hiway, rupanya Lee bawak ke jalan lain...tau-tau dah masuk ke Glass House Mountain tourist drive mengarah ke Australia Zoo – nama jalan tu Steve Irwin Way...(Steve Irwin - the Australia's own legend...CRIKEY!!! ) Pusing-pusing sekejap depan Zoo tu, nampak cam best, Insya Allah akan pi pada 24 Julai ni pasal ada free Bindi's Birthday dan budak-budak semua masuk free.




Lepas di situ, kami terus tuju ke destinasi pertama Strawberry Fields, tempat strawberry picking (PYO Pick Your Own). Strawberry Fields terletak di Laxton Rd, Palmview. Sampai-sampai di situ, terjumpa satu grup family Malaysian – Abg Badri & co. Buah strawberry di situ besor-besor dan manis, tak macam kat Cameron Highlands. Tapi mahal sikit laa...dalam AU$14 sekilo. Kami sekeluarga petik dalam sekilo lebih sikit, sambil tu beli dua cup chocolate sauce untuk dimakan dengan strawberry...yumm!!! (kalau ekspresi sedap kat Malaysia...org kata 'mmm...' kat sini omputih kata 'yumm...'). Ingatkan beli sekilo tu cukup sampai bawak balik ke Brisbane, tapi rupanya sampai malam je dah habis.




Dah selesai di Strawberry Fields, kami terus ke Caloundra untuk check-in di apartment. Apartment ni dah ditempah sejak dua bulan lepas...yang paling murah kami jumpa – AU$66 semalam...namanya Nimolunca Apartment, dibawah kelolaan King's Row Apartment. Dari sebelah luar nampak cam rumah flat biasa je...tapi dalam dia best, ada 2 bilik dengan katil Queen, ada sofa set, tv LCD 32", dapur fully equipped, jarak dari pantai dalam 50 meter je...dari balkoni boleh nampak orang surfing di pantai. Di apartment ni jugak ada washing machine, dryer dan yang paling best massage chair (kerusi urut) cam Osim tu...




Lepas check-in dan lunch, kami turun ke pantai, main pasir dan frisbee, tak mandi laut pun pasal air laut sejuk...pantai & laut di sini dan juga environment di sini lagi best dari Gold Coast yang sentiasa sesak...lagi tu kat sini dapat tengok orang main surfing cam dalam citer2 omputih selalu... Malam (5.30pm) kami keluar sat pi ke Stockland Shopping Centre, cari Coles Supermarket untuk beli barang makan sikit...tu je la yang bukak, shopping lain dah tutup...after dinner, kami tengok DVD cerita Rat Race....




Agenda esok...Bellingham Maze dan Big Pineapple.





Rumah Transit



Sekali lagi rumah kami jadi rumah transit, tapi kali ini untuk Malaysian families yang nak bertolak balik ke Malaysia. Pada 29 Julai, keluarga Wan Farisan dan Shahril dan pada 1 Julai hingga 8 Julai keluarga Azran 'Cleaner'. Setelah beberapa kali tak jadik dating akhirnya keluarga Wan sampai juga ke rumah kami. Hiruk pikuk jadinya rumah pasal ada budak-budak dalam 11 orang semuanya. Warga Runcorn i.e. Yuswan, Kak Aida dan Kak Eza pun join sama. Ita masak nasi ayam dan pizza untuk dinner. Kat sini tak kenal Chicken Rice Shop atau Pizza Hut, yang ada chicken rice house dan Pizza house.




Flight balik ke Malaysia bertolak dalam jam 11.20 malam. Dalam jam 8.00 malam kami pun bertolak ke airport. Wan dan Shahril masing-masing sewa Tarago. Barang-barang jangan cakap la...Shahril punya terlebih 10kg dari kuota, dia dan Dura (wife Shahril) memang shopping sakan. Tengok orang balik ni dapat la belajar apa perlu buat bila kami nak balik nanti, hujung tahun ni Insya Allah... Sedih pun ye la pasal dah kurang member kat sini... To Wan and Shahril selamat pulang dan selamat bertugas kembali. Percutian korang di Australia dah berakhir...hehe...


NON-UTOPIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute