Monday, December 28, 2009

Sydney - Last Day

Hari terakhir tidur di Coffs Harbour, pagi-pagi lagi dah keluar check out...tak nak habiskan masa dalam bilik motel tu...lagipun dah teruk kena selsema rasanya dek habuk yang ada 'bersembunyi' di celahan urat-urat benang karpet di dalam bilik motel tu...

Keluar dari motel tu, kami tuju ke kawasan pelabuhan tempat ada pengkalan kapal di Coffs Harbour. Singgah-singgah di kedai souvenir untuk beli 'fridge magnet' sebagai koleksi kami. Tiba di salah satu kedai tu ada pulak signboard 'Whale Watching $39' (tu dah kira murah bagi kami pasal biasanya dalam $65 untuk dewasa)...tanya-tanya dengan orang kedai tu, dia kata bot jalan dalam pukul 1.00 tengahari. Selepas berbincang akhirnya kami setuju untuk pi whale watching...kiranya klimaks percutian kami sekeluargalah.

Sementara nak menunggu masa untuk whale watching tu, kami pergi ke The Big Banana - pisang besar. Big Banana ni sebenarnya tempat ladang pisang yang telah dikomersialkan menjadi tempat pelancongan. Ada siap tour di ladang pisang, di depan ada satu replika pisang gergasi yang pengunjung boleh masuk ke dalamnya dan di belakang pisang gergasi ni ada kedai souvenir dengan pelbagai aneka barangan yang hampir kesemuanya mempunyai ciri-ciri 'kepisangan' - tapi tak de pulak jual 'lepat pisang' atau 'pisang salai'. Lama jugak menghabiskan masa di situ pasal nak 'beli' masa untuk tunggu bot berlepas untuk whale watching.

Bila dah tiba masa bot berlepas, kami pun pegi balik ke jeti / marina tempat bot tu...bot yang kami naiki ni diusahakan oleh famili kedai souvenir tempat kami membeli tiket. Bot tu agak besar. Nama bot tu 'Spirit of Coffs Harbour'. Kami satu-satunya keluarga bangsa asing yang naik bot tersebut.

Bot yang kami naik tu tak dipandu selaju mana. Tempat 'lubuk' melihat whale (paus) pun taklah sejauh mana dari marina tempat kami naik. Tapi tempoh nak mencari whale tu agak lama. Tak de pun radar atau GPS diguna untuk cari whale...pemandu bot cuma guna teropong saja...berpusing-pusing, berlegar-legar mencari...ada lebih setengah jam masih tak nampak apa-apa. Rasa letih dan boring pun ada...tapi akhirnya nampak jugak whale-whale (bukan weil...weil)yang di cari. Bila dah ternampak barulah rasa seronok. Ada satu masa tu, tengah-tengah dok tengok whale yang jauh di depan, ada pulak dua ekor whale yang ikut dekat di belakang bot dalam beberapa meter saja. Tapi sekejap saja, tak sempat nak ambik gambor pun.

Dalam jam 3.00 petang, kami pun naik semula ke darat. Selepas dari tu, kami bertolak balik ke Brisbane. Jalan yang dilalui tak segah lebuhraya di Malaysia, lori treler memang laju-laju, tapi jalan ni memang banyak disediakan ruang memotong, jadi tak berapa risau sangat memandu kat jalan ni. Semasa dalam perjalanan, kami singgah untuk ambil gambar di Big Prawn (replika udang besar)di Ballina. Perjalan diteruskan lagi dan lalu di Byron Bay, tapi tak dapat tengok apa-apa pasal dah gelap. 'Orang kata' pemandangan pantai di sini cantik.

Alhamdulillah, akhirnya kami tiba di rumah. Masa tu dah dalam pukul 9 malam. Singgah kedai beli makan dan tidur lena malam tu...kepenatan beberapa jam duduk di laut.

0 comments:

NON-UTOPIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute