Monday, December 28, 2009

Kenapa perpaduan Melayu rapuh??!!

Apabila tiba waktu solat berjemaah di Malaysia - tak kira la di masjid bandar, kampung atau di surau ofis...satu perbezaan ketara yang dapat aku rasa adalah dalam kerapatan saf jemaah...

Di Australia...surau / masjidnya kecil hatta jika masjidnya besar sekalipun apabila waktu solat berjemaah, kedudukan jemaah berdiri di dalam saf amat rapat...tak kira la apa bangsa - Arab, Melayu, Jawa, India, China dll. yang tak kenal dan tak paham bahasa ibunda masing-masing, saf yang dibuat amat rapat - menyerlahkan ukhuwah silaturrahim sesama Islam. (Para sahabat bila berjemaah dan bila duduk, daun yang jatuh dari atas takkan jejak ke bumi akibat keakraban saf mereka..)

Di Malaysia....kita ada banyak masjid-masjid yang gah...surau-surau yang kalau boleh semua kampung dan taman perumahan nak 'sorang' satu sebijik, tak mau share. Tapi bila time solat berjemaah...lesu tu lain cerita. Jemaah yang ada pun safnya tak berapa nak rapat...kadang kala bila kita nak rapat orang sebelah siap elak sikit tak nak rapat... seperkara lagi di masjid yang ada tikar sembahyang (sejadah) yang 'individual' tapi dijahit antara satu dengan lain untuk jadi sejadah panjang..aku tak berapa nak kenan pasal bila orang solat berjemaah dia akan diri seolah-olah dia solat sendirian - bila nak sujud tu nak kena tengah-tengah gambor kat sejadah walhal tu solat jemaah...penat imam kata rapatkan SAF...

Saf di Malaysia tak berapa nak padu...renggang walaupun yang solat tu majoritinya orang Islam berbangsa Melayu...mungkin sebab tu bangsaku susah nak bersatu...mungkin sebab tu perpaduan kita rapuh....

0 comments:

NON-UTOPIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute