Friday, January 23, 2009

Panduan Persediaan Sambung Belajar ke Brisbane Bah II


...Mencari tempat penginapan / rumah sewa di Brisbane dan sekitarnya...

bagi student atau sesapa saja yang menginap sementara atau menetap selamanya di Brisbane, mencari tempat penginapan merupakan satu cabaran besar kerana ianya turut melibatkan kos yang besar dan semakin besar (bertambah) dari setahun ke setahun...

beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam mencari rumah sewa

Kos dan Bayaran sewa

Kos atau harga sewa biasanya diletakkan mengikut mingguan (per week) dan bukan bulanan seperti amalan di Malaysia. Bagaimanapun, sewa biasanya dibayar sekali setiap dua minggu. Cara bayaran sama ada melalui internet, wang pos, BPay, tunai dsb. bergantung atas persetujuan dengan tuan rumah atau ejen.

Kos sewaan bergantung pada lokasi rumah. Semakin dekat dengan bandar, semakin tinggi dan semakin kecil rumah dan semakin sukar untuk mendapatkan rumah tersebut. Menurut pengalaman orang-orang yang dah tinggal dulu berbanding sekarang, sewa rumah memang dah jauh meningkat, mungkin dah lebih 50% - 70% dari 5 tahun lepas. Contohnya di St Lucia, kalau dulu tahun 2005 sewa cuma 180, tapi sekarang mungkin dah dalam 300/week.

Jenis Rumah

Terdapat beberapa jenis rumah untuk dipertimbangkan.. actually sama macam di Malaysia, ada setingkat ada dua tingkat ada beberapa tingkat. Yang lain sikit mungkin namanya. Macam rumah kayu di sini dikenali sebagai Queenslander...advantage rumah Queenslander ialah sejuk waktu malam, diadvantage - bahang waktu siang (time musim panas)... ada gak orang kata rumah jenis ni sejuk waktu siang, tapi selepas dok 2 jenis rumah, kayu dan batu...itulah yg kami rasa...rumah kayu bahang semacam time musim panas sekarang ni... rumah batu jenis moden mungkin kurang sikit pasal ada insulation di pasang di dalam dinding. Jenis rumah moden di sini, luar batu pastu ada insulation dan dalam kayu...

Untuk mencari rumah sewa juga saiz keluarga pun kena dipertimbangkan. Bagi yang ada 3 anak macam kami, syaratnya rumah kena ada 3 bilik...itu kalau ikut undang-undang perbandaran / rumah di sini. Melainkan dapat 'senyap-senyap' sewa rumah 'kurang bilik' dari sepatutnya.

Bagi yang bujang, mungkin shared accommodation boleh dipertimbangkan. Tapi mungkin masalah dari segi budaya contohnya kalau Melayu duduk serumah dengan omputih, possibility percanggahan budaya dan sensitiviti dari segi makanan dsb. akan ada...


Teknik dan taktik mendapatkan rumah sewa

House inspection - atau pemeriksaan rumah perlu dibuat sebelum memutuskan rumah tersebut sesuai atau tidak untuk dipohon. Ada house inspection memerlukan kita mendaftar dengan ejen dan ada yang jenis open..tapi kebanyakannya open...daftar pun syarat saja - saja depa nak survey ada orang nak pi house inspection atau tak.

Tarikh masa dan tempat kebiasaannya akan diiklankan atau dimaklumkan (sekiranya mendaftar dan tidak dimaklum dalam iklan). Time punctuality memang penting. Biasanya ejen akan datang tepat pada masa diiklankan dan hanya berada di sana paling lama mungkin dalam 15 minit saja.

Sebaik saja selesai membuat house inspection, bolehlah terus minta borang permohonan sewa dari ejen. Pastikan berapa orang berumur lebih 18 tahun yang akan menetap di rumah tersebut. Walaupun anda sepasang suami isteri, 2 borang perlu diisi - satu setiap seorang.

Satu taktik yang boleh digunakan ialah untuk terus mengisi borang dan menyerahkan kepada ejen sebaik sahaja selesai house inspection untuk menunjukkan kita benar-benar berminat mendapatkan rumah tersebut.

Satu cara lagi yang kami amalkan ialah untuk menunjukkan dokumen kita benar-benar tersusun dan tidak disusun lintang pukang.

Secara ringkas kami melihat ada 2 jenis dokumen yang diperlukan bila memohon rumah. Pertama yang menyatakan latar belakang peribadi dan kedua yang menyokong kedudukan kewangan pemohon.

Dokumen yang menyatakan latar belakang peribadi ialah seperti pasport, surat beranak atau sijil kelahiran, lesen memandu, id bergambar seperti kad ID universiti.

Dokumen menyokong kedudukan kewangan ialah seperti slip gaji, penyata bank, bil-bil letrik dan gas (untuk yang pernah menyewa di Brisbane sebelumnya) dan surat biasiswa (untuk pelajar penerima biasiswa).

dan jika ada kenalan rakyat tempatan terutamanya bolehlah meminta kerjasama untuk dijadikan referee dalam permohonan tersebut.

Selain itu, cubalah hadir seberapa banyak house inspection yang mampu dan hantar seberapa banyak borang permohonan kerana borang permohonan tidak mengikat pemohon kepada kontrak sewaan lagi. Amalkan memohon sekurang-kurangnya 5 rumah dalam satu-satu masa.

Borang bagi permohonan rumah boleh didapati sama ada secara online, di pejabat ejen hartanah ataupun semasa house inspection.

Di sini ejen hartanah (realestate agent) 'bersepah-sepah' dan merupakan satu jenis karier yang mendatangkan pendapatan lumayan - sebab tu depa dok pakai keta besor-besor... tapi dalam masa sama, kena berhati-hati bila berurusan dengan ejen hartanah pasal depa mewakili tuan rumah dan seringkali cuba menggunakan tipu helah untuk 'mengikis' duit penyewa. Contoh nama ejen hartanah ialah LJ Hooker (tiada kena mengena dengan TJ Hooker), Profesional Toowong, Springwood First National (ejen kami) dll.

Berikut adalah laman web yang banyak membantu dalam mencari rumah di Brisbane :

www.rta.qld.gov.au - panduan bagi penyewa dan pemberi sewa tentang undang-undang dan peraturan berkaitan rumah di Brisbane

www.realestate.com.au
- untuk melihat iklan-iklan rumah untuk disewa (dan dijual). Di sini biasanya menjadi web di mana kesemua iklan di laman web ejen hartanah disekalikan.

www.domain.com.au
- satu lagi web seperti realestate.com.au




1 comments:

sabiqahT.Anuar said...

owh, susah gak proses dia...

NON-UTOPIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute