Friday, January 9, 2009

Panduan Persediaan Sambung Belajar ke Brisbane


Khabar terbaru diterima - ada beberapa orang rakan dari Malaysia akan menyambung pelajaran di Brisbane - UQ, QUT dll. Jadi, bersempena perkhabaran tersebut dan sebagai panduan ringkas kepada bakal pelajar yang akan menyambung pelajaran di Brisbane ni, di sini dinukilkan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk persediaan datang ke sini.

Ingin dimaklumkan bahawa panduan - bukan panduan (yg bagi panduan tu Pandu Puteri je..yg bagi guide tu Girl Guide)...yang dinotakan di sini adalah berdasarkan pengalaman aku dan keluarga dan bukanlah berdasarkan Hikayat Malim Deman atau Periwira Mat Gila adanya... jadi mana yang terkurang, ajarkanlah...jadi tak lah jadi 'kurang ajar'...hihi..

Untuk makluman kepada yang sudi membaca sekiranya yang membaca tu bangsa Melayu - kat sini ada Persatuan Pelajar Melayu Queensland (PPMQ) yang dianggotai majoriti oleh Melayu Malaysia dan segelintir Melayu Singapura...tak pasti pulak kenapa Melayu Indonesia tak join sekali...pasal depa Jawa kot... PPMQ ada AJK (ahli jawatankuasa bukannya AK Jalani Kengkang) yang dikepalai oleh Saudara Zul OT (nama glamer tu...) OT merujuk kepada Occupational Therapy rasanya lah pasal dia study PhD course tu...walaupun boleh jugak dianggap sebagai OTai (Old Timer) pasal dah dua kali study di UQ...very friendly and helpful brader....cukuplah introduce presidennya saja... yg AJK-AJK tak payah mention... kalau tengok TV pun Presiden Obama je yg orang nak tau...tak de pulak cerita pasal orang2 yang duduk di kiri kanan Obama... apapun biarkanlah Obama bersama Osamanya...biarkan...biarkan

Pendek kata (ke pendekata??!!) PPMQ ada laman webnya sendiri yang tidak akan di linkkan di coretan ini...supaya yang membaca tulisan ni menggunakan kemahiran komputernya untuk mencari keyword PPMQ di search engine.... jadi, apa yang akan dikongsi di sini mungkin ada persamaan, serasi atau kontradik dengan apa yang ditulis di PPMQ (sekiranya diamati apa yang ditulis di PPMQ mungkin sama dengan borang medikal JPA...tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas...pasal tersimpan cukup lama dan selamat dari hujan dan panas..sampaikan tak dibuat perubahan...atau dalam ertikata lain..TEGAR...hehe)...

Tapi, andaikata yang membaca ni bangsa Cina ke, India ke...jangan risau, kat sini pun ramai Cina dan India cuma tak tau sapa yang dari Malaysia dan siapa yang tak mengaku Malaysian. Malahan restoran Cina menggunakan nama Malaysia (tak halal) ada banyak di sini. Kekadang tu terkilan jugak pasal sepatutnya restoran Malaysia sepatutnya melambangkan 'halal hub' Malaysia, kononnya.

Begitu juga kalau yang membaca coretan ni dari Indonesia ke...bisa saja pak - justeru dijadikan ia 'pedoman' untuk datang ke sini...saya pun ramai rakan Indonesia di sini..

Sahibul hikayat...perkara pertama perlu diingati untuk sampai ke sini adalah........................................ jangan terlupa naik kapal terbang :)

Barang keperluan untuk dibawa dari Malaysia (atau dari negara asal):

Pakaian - bawalah pakaian anda sendiri, jangan bawa pakaian kakak, emak atau abang anda ke sini. Pakaian sejuk tak payah bawa kalau datang bukan pada musim sejuk melainkan kalau takut sejuk dalam kapal terbang - bawaklah sehelai saja dah cukup. Pakaian sejuk elok beli di sini saja, pasal lebih banyak pilihan dan lebih murah. Boleh beli di kedai seperti Lowes atau River di sini pada harga yang lebih murah dari di Malaysia. Kalau nak bawak jugak, jangan bawak yang jenis 'fluffy' untuk snow, melainkan anda ingin mengendong aircon di badan ke hulu ke hilir.

Kepada yang lelaki, singlet pagoda tiada disini, jadi eloklah bawa sehelai dua untuk dipakai pada musim panas ke... dan kepada student, tak payahlah bawak kot / blazer macam yang saya bawak sekarang pasal tak guna pun, melainkan ada plan nak buat direct selling ke boleh la kot...

Kain batik dan kain pelikat bolehlah bawak kalau nak pasal tak pernah pulak jumpa orang Aboriginal pakai kain pelikat, apatah lagi Omputih...kain batik ada la, tapi depa guna untuk tutup pinggang ke bawah bila pakai 'two piece'...

Barang Elektrik - periuk nasi dan seterika, kalau di laman PPMQ ada digalakkan bawak, tapi saya kata...tak payah bawak - beli saja di sini. Omputih pun dah makan nasik, so periuk nasi ada seterika pun ada. Faedahnya beli di sini, barang yang dibeli biasanya ada kualiti - walaupun yang 'made in china' tapi 'made in china' yang first grade, tak macam di Malaysia 'made from cokia in China'... barang letrik biasanya paling tidak guarantee setahun, alang seterika $10 yang kami beli ada warranty dan boleh dapat refund kalau rosak... TV tak perlu bawa pasal di sini lagi beso dan murah...di sini dah guna teknologi HDTV (High Definition TV) - siaran tak sama dengan TV biasa kalau tengok HDTV...so standby la duit untuk beli HDTV kalau anda kaki tengok TV (bukan mata tengok TV)...

One more....kepala plug di sini lain sikit dari di Malaysia...kalau plug 3 pin, yang 1 pin atas tu sama, tapi yang dua bawah tu dia senget sikit (macam bentuk V kalau tengok dua-dua). Sukatan power masih sama dengan di Malaysia, jadi apa barang di Malaysia boleh guna di sini, begitu juga sebaliknya - cuma perlu converter saja.

Barang makanan - boleh bawa rempah ratus yang ada label... yang ada dairy / susu tak boleh bawa (refer pada web kastam Australia)... barang2 ni kena declare untuk bawa masuk, tapi di airport dia akan tanya ada bawak ke tidak..kalau kata ada dan dah declare dalam borang, baru dia nak tengok...melainkan anjing pengesan ada masa sampai tu, tapi kalau sampai malam mungkin anjing2 tu tak de...masa kami sampai anjing pengesan tak de...anjing tu sama ada shift siang atau tido awal kot.... Secara keseluruhan, harga barang makanan di sini lagi murah dari di Malaysia...kalau susu kat Malaysia yang 1 liter tu boleh jejak RM9 - 10, kat sini 3 liter baru dalam $ 3.50. Pendekata, orang gaji $1000 di sini lebih banyak makan dari orang yang gaji RM 1000 di Malaysia.

Mekap dan seangkatan dengannya - bawalah mana yang patut...tapi rugi kalau tak beli perfume di sini...sekarang ni tengah sale..contoh Elizabeth Arden 100ml 2 botol baru $55....kalau brand Adidas tu standard minyak atar RM5 di Malaysia je...

Barang keperluan untuk dibeli (optional) di Brisbane

Perabot - murah untuk dibeli di garage sale atau sedikit challenging untuk beli di ebay.com.au... kalau rasa macam nak jual balik, elok beli di kedai-kedai macam Ikea atau Harvey Norman (Harvey Norman di sini sama standard macam Seng Heng di Malaysia)..resale value boleh dianggap tinggi... contoh barang yang ada resale value tinggi ialah bunk bed (double decker kalau di Malaysia)...resale biasanya buat di Ebay kalau nak dapat harga bagus... contohnya kami pernah beli bunk bed harga $179 dan resale value selepas 6 bulan dapat $104 bila dilelong di ebay.com.au pada harga starting price $0.99....

Kereta - kalau nak dapat kereta yang bagus sediakanlah dalam $5,000 ke atas...kalau ada $17000, anda dah boleh beli Honda Jazz 2009 yang terbaru, $13000 anda boleh beli Kia Rio baru....kalau ada dalam $33000 anda dah boleh beli Hummer...kalau ada $300, anda dapat hama sahaja ...

Pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu garfu dan sepertinya - kalau di Malaysia biasa guna barang dari melamin, di sini nak cari melamin yang berkualiti dan murah macam di Langkawi memang susah nak jumpa kecuali guna jenis Royal Doulton...jadi gunalah pinggan mangkuk biasa (kaca) atau kalau nak best sikit guna Corelle, Pyrex dan sepertinya...jauh lebih murah dari di Malaysia...

bersambung lagi di bahagian ke-2...

5 comments:

LiNdT said...

ooo bukan hikayat lidah sekerat ek..? komen dulu baca kendian...

LiNdT said...

haa kalau semua murah, beli la lebih2 sikit bawak balik sevenir kat saya.. Ingatlah orang tersayang...wakakaka... "Orang itiew" dulu 3 bln je kat Melb, sempat bawak balik koala sorang sekor aje..

Ada ni kang cik yam join sekaki...dia pantang ada perkataan sevenir...

MAN said...

ada...souvenir yg paling sesuai...aritu ada nampak satu sticker keta dia tulis...'all i got from queensland is this stupid bumper sticker'...ok la tu...

LiNdT said...

jadik la dpd tak de...hahaha

ladieshouses said...

sakit perut baca.....

NON-UTOPIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute