Saturday, June 7, 2008

HLP


Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) adalah biasiswa yang ditawarkan untuk pegawai kerajaan sebagai satu bentuk Latihan Dalam Perkhidmatan. Setahun sekali, melalui laman web JPA di www.jpa.gov.my HLP ada ditawarkan. Boleh rujuk pada tajuk Latihan Dalam Perkhidmatan untuk lihat kot-kot ada tawaran seumpamanya, bahagian ni kena selalu ditinjau dari semasa ke semasa.

Peluang untuk direbut sama ada dalam atau luar negara dengan syarat-syarat asas seperti di bawah umur 40 tahun, ada 3 kali nilaian prestasi melebihi 85% peratus. Macam bagi aku, walaupun markah tahun pertama tak sampai 85% (aku adalah antara mangsa sistem monarki jabatan muahahaha...) tapi masih melepasi markah 85% bila dikira purata 3 tahun. Selain itu, bagi bekas graduan ijazah di luar negara, lebih baik lupakan angan-angan nak pi bercuti sekali lagi untuk buat Master di sana pasal kebiasaannya yang bekas oversea tak dapat sambung oversea...(unless korang ada kabel optik – kabel tembaga selalu kena curi...), jadi mungkin boleh dapat lagi kot.

Selain itu, terdapat juga syarat-syarat lain macam peperiksaan Bahasa Inggeris untuk yang nak pi oversea selain kena pi BTN (Biro Tatanegara). BTN tu tujuannya supaya pelajar-pelajar yang pi luar negara tidak berkata ‘Bye-bye Tata Negaraku....’

Kepada yang berminat nak mintak overseas, tak payahlah ambil peperiksaan English dulu, kalau dah dapat HLP barulah amik periksa. Peperiksaan ni tak boleh nak claim balik, so lebih baik dah ready baru ambil. Aspek tentang exam BI dan kewangan ni akan aku sentuh dalam rangkuman yang lain.

Setiap orang yang berhajat perlu sediakan Research Proposal (RP) untuk dihantar ke JPA. Proposal boleh dalam BI atau BM. Untuk yang nak pi overseas seeloknya BI la...tapi ada jugak yang buat BM dapat pi overseas...selalunya tak semestinya yang mintak dalam dapat pi dalam, kekadang dihantar ke luar jugak. Untuk dapatkan tips menyediakan RP ni bolehlah dirujuk ke internet. Mulai 2008, sesiapa yang nak mintak HLP perlu hantar RP dulu untuk disemak, kerana sebelum ini, RP dibawa bersama ketika proses temuduga.

Proses temuduga biasanya melibatkan 2 orang sekaligus masuk ke bilik temuduga, kalau dah tak de masa, 3 orang sekali. Masa temuduga tu, nasib korang la...kalau dapat yang intelligent punya penemuduga, soalan bernas korang dapat. Kalau dapat yang ‘sarkastik’, jadi harimau sarkis la... tapi seperti biasa, jangan gabra atau gubra dan jawab dengan konfiden walaupun tak berapa betul... Temuduga biasanya melibatkan soalan tentang RP, jadi pastikan anda betul-betul bersedia untuk mempertahankan RP tersebut. Carilah topik RP yang anda minati, jangan pilih tajuk berkaitan Ekonomi kalau BLR pun tak tau apa maknanya... Proses temuduga boleh jadi dalam kedua-dua bahasa BM dan BI...jawablah ikut bahasa yang ditanya.

Di dalam borang atau RP, letakkan sekali nama universiti atau nama negara yang ingin pi belajar cum melancong tersebut. Universiti boleh dikenalpasti melalui laman web. Terserah sama ada nak contact U tersebut dulu atau tidak. Tapi sewajarnya JANGAN hantar application dahulu melainkan application itu FREE. Contohnya, kebanyakan U di Australia kenakan caj AU$100 untuk satu application. Walaupun boleh dituntut sehingga 3 universiti yang dipohon, tapi tak payahlah buang masa atau duit bayar interest kad kredit. Ada satu lagi kaedah kalau tak berapa pasti negara mana nak pergi, letakkan sebagai “US/UK” dan seumpamanya.

Akhir sekali pastikan bidang yang nak diminta tidak berapa popular atau ada di Malaysia. Kekadang ada jugak yang dapat buat HRM atau MBA di overseas tapi mungkin RP diorang bagus kot...contoh bidang yang agak popular tapi tak berapa ada ialah Knowledge Mgt, Lifelong Learning. Nak best lagi, ada course di overseas macam Medieval Study...bunyi je dah evil...

**RP adalah wajib walaupun nak buat Master by Coursework.

2 comments:

sape2 pun boleh said...

assalamualaikum.. saya nak tanya.. ada x sample research proposal... saya nak wat master dlm multimedia... help me!!!

AREA said...

hang punya post ni memang bernas la, man. aku sama batch pun masih kebelakang dalam konteks ni. thanks man.

regards,
emang,
rahman.my

NON-UTOPIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute