Pengumuman PM mengarahkan pembayaran gaji kakitangan awam dua sekali sebulan adalah satu pengumuman yang mungkin tidak sama sekali diduga di kalangan penjawat awam dan ianya dilihat satu keputusan drastik yang dibuat tanpa merujuk kepada mana-mana agensi atau pertubuhan yang 'rapat' dengan perkhidmatan awam itu sendiri.
Pembayaran gaji dua kali sebulan adalah satu amalan biasa terutama di sektor perkilangan dan ianya membantu meringankan bebanan pekerja di sektor ini. Melihat dari satu sudut positif, langkah pembayaran gaji dua kali sebulan dapat mengembalikan kuasa beli di kalangan penjawat awam. Berikutan kenaikan harga minyak yang sedikit demi sedikit makin menular ke sektor lain dan semakin dirasai oleh seluruh masyarakat, ianya dilihat sebagai satu langkah proaktif untuk mengelakkan situasi 'bankrap' pertengahan bulan.
Walau bagaimanapun, jika dilihat dari satu sudut yang lain, ianya tidak mampu memberikan faedah kepada seluruh penjawat awam kerana berbeza dengan struktur gaji seorang pekerja swasta, seorang penjawat awam mendapat banyak kemudahan ATAU terpaksa menggunakan kemudahan potongan gaji sama ada untuk mendapatkan servis atau membeli barangan. Contohnya, pembelian rumah atau kereta melalui pinjaman kerajaan, pinjaman peribadi bahkan banyak pembelian barangan di pasaran disasarkan kepada penjawat awam dan ianya akan dipotong melalui gaji.
Sekiranya seorang penjawat awam bergaji serta elaun RM 2000, dan terpaksa membayar pinjaman rumah RM 600, sewa beli kereta 500, bil utiliti RM 200, persekolahan anak 200, minyak kereta RM 300 - maka apa yang tinggal hanyalah RM 2000 - RM 1800 = RM 200. RM 200 dibahagi dua ialah RM 100 setiap 15 hari untuk duit makan sekeluarga. Kalau tinggal di KL, Selangor, belanja untuk kenderaan akan meningkat pasal terpaksa ambilkira bayaran tol. Pendek kata, tiada bahagian untuk simpanan.
Selepas ini, mungkin bertambah penjawat awam yang menipu dalam tuntutan perjalanan kerana hidup bergantung sepenuhnya pada duit 'claim'. Saya sendiri pernah merasakan bagaimana bergantung hidup pada duit 'claim' semasa bekerja disektor swasta lima tahun dulu.
Apa yang lebih membimbangkan adalah pertambahan dalam bilangan kes rasuah di kalangan penjawat awam. Satu statistik perbandingan perlu dibuat kesan daripada pembayaran gaji dua kali sebulan, kenaikan harga minyak dan indeks kes rasuah penjawat awam. Mungkin ada satu corak signifikan yang boleh dikesan - siapa tahu ??!!
Secara peribadi saya lebih suka melihat langkah-langkah lain dilakukan termasuk penghapusan cukai jalan, pengurangan bahkan terlebih baik penghapusan tol-tol yang tak munasabah, penurunan kadar cukai pendapatan, peningkatan kadar tuntutan perjalanan sama ada sektor awam mahupun swasta. Dan elaun pak-mak menteri dipotong sekurang-kurangnya 30%.
Satu lagi cadangan ialah mengkaji penggunaan Biro Angkasa yang digunakan sebagai saluran bagi semua potongan kakitangan kerajaan. Penggunaan Angkasa tidak menggambarkan keefisienan khususnya sistem pemotongan terhadap gaji kakitangan kerajaan. Selain mengambil dalam 6% atau 0.06% caj dari segala potongan (kalau tak silap), servis yang diberikan juga termasuk kategori 'lembab' kerana terpaksa ambil masa sekurangnya 3 bulan untuk memulakan potongan. Biro Angkasa juga tidak ada unsur 'customer friendly' kerana jarang sekali mendekati kakitangan awam (kecuali anggota koperasi) walaupun sumber pendapatannya adalah daripada potongan gaji kakitangan awam...macam riba' je bunyinya... Tanpa penggunaan Biro Angkasa, mungkin caj yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan boleh dikurangkan kerana caj yang ada sekarang semestinya dibebankan kepada peminjam atau penerima perkhidmatan.
Di satu sudut pula, melalui mekanisme gaji dua kali sebulan ini, mungkin Malaysia ke arah mengikut cara seperti di negara maju seperti UK dan Australia yang mana sewa rumah dibayar dua minggu atau setiap minggu sekali, tetapi persoalannya bersediakah kita??!!
Untuk menyesuaikan diri dengan gaji 2 kali sebulan adalah satu perkara yang mungkin sukar pada permulaan terutama berkaitan bil-bil yang kebiasaannya dilonggokkan pada akhir atau awal bulan. Semua penjawat awam perlu merancang dengan bijak.
Hari ini, CUEPECS pula menganjurkan pembayaran dibuat 30% : 70%...konflik lagi...tetapi persoalannya, kenapa seolah-olah tiada kajian sebelum pengumuman tersebut dibuat. Mungkinkah Pak Menteri yang mencadangkan kepada Pak Lah tersebut bekas Mat atau Minah Karan satu masa dulu...??!!
Bayarlah macamanapun..yang pasti harga barang SUDAH naik LAGI !!!

0 comments:
Post a Comment