Friday, January 23, 2009
Why Malay choose to be a cleaner in Brisbane?
The question is...why lots of Malay work as a cleaner in Brisbane ?!!
The simple answer is because...BIN is the middle name...
Labels:
Tepuk-tampor
Panduan Persediaan Sambung Belajar ke Brisbane Bah II
...Mencari tempat penginapan / rumah sewa di Brisbane dan sekitarnya...
bagi student atau sesapa saja yang menginap sementara atau menetap selamanya di Brisbane, mencari tempat penginapan merupakan satu cabaran besar kerana ianya turut melibatkan kos yang besar dan semakin besar (bertambah) dari setahun ke setahun...
beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam mencari rumah sewa
Kos dan Bayaran sewa
Kos atau harga sewa biasanya diletakkan mengikut mingguan (per week) dan bukan bulanan seperti amalan di Malaysia. Bagaimanapun, sewa biasanya dibayar sekali setiap dua minggu. Cara bayaran sama ada melalui internet, wang pos, BPay, tunai dsb. bergantung atas persetujuan dengan tuan rumah atau ejen.
Kos sewaan bergantung pada lokasi rumah. Semakin dekat dengan bandar, semakin tinggi dan semakin kecil rumah dan semakin sukar untuk mendapatkan rumah tersebut. Menurut pengalaman orang-orang yang dah tinggal dulu berbanding sekarang, sewa rumah memang dah jauh meningkat, mungkin dah lebih 50% - 70% dari 5 tahun lepas. Contohnya di St Lucia, kalau dulu tahun 2005 sewa cuma 180, tapi sekarang mungkin dah dalam 300/week.
Jenis Rumah
Terdapat beberapa jenis rumah untuk dipertimbangkan.. actually sama macam di Malaysia, ada setingkat ada dua tingkat ada beberapa tingkat. Yang lain sikit mungkin namanya. Macam rumah kayu di sini dikenali sebagai Queenslander...advantage rumah Queenslander ialah sejuk waktu malam, diadvantage - bahang waktu siang (time musim panas)... ada gak orang kata rumah jenis ni sejuk waktu siang, tapi selepas dok 2 jenis rumah, kayu dan batu...itulah yg kami rasa...rumah kayu bahang semacam time musim panas sekarang ni... rumah batu jenis moden mungkin kurang sikit pasal ada insulation di pasang di dalam dinding. Jenis rumah moden di sini, luar batu pastu ada insulation dan dalam kayu...
Untuk mencari rumah sewa juga saiz keluarga pun kena dipertimbangkan. Bagi yang ada 3 anak macam kami, syaratnya rumah kena ada 3 bilik...itu kalau ikut undang-undang perbandaran / rumah di sini. Melainkan dapat 'senyap-senyap' sewa rumah 'kurang bilik' dari sepatutnya.
Bagi yang bujang, mungkin shared accommodation boleh dipertimbangkan. Tapi mungkin masalah dari segi budaya contohnya kalau Melayu duduk serumah dengan omputih, possibility percanggahan budaya dan sensitiviti dari segi makanan dsb. akan ada...
Teknik dan taktik mendapatkan rumah sewa
House inspection - atau pemeriksaan rumah perlu dibuat sebelum memutuskan rumah tersebut sesuai atau tidak untuk dipohon. Ada house inspection memerlukan kita mendaftar dengan ejen dan ada yang jenis open..tapi kebanyakannya open...daftar pun syarat saja - saja depa nak survey ada orang nak pi house inspection atau tak.
Tarikh masa dan tempat kebiasaannya akan diiklankan atau dimaklumkan (sekiranya mendaftar dan tidak dimaklum dalam iklan). Time punctuality memang penting. Biasanya ejen akan datang tepat pada masa diiklankan dan hanya berada di sana paling lama mungkin dalam 15 minit saja.
Sebaik saja selesai membuat house inspection, bolehlah terus minta borang permohonan sewa dari ejen. Pastikan berapa orang berumur lebih 18 tahun yang akan menetap di rumah tersebut. Walaupun anda sepasang suami isteri, 2 borang perlu diisi - satu setiap seorang.
Satu taktik yang boleh digunakan ialah untuk terus mengisi borang dan menyerahkan kepada ejen sebaik sahaja selesai house inspection untuk menunjukkan kita benar-benar berminat mendapatkan rumah tersebut.
Satu cara lagi yang kami amalkan ialah untuk menunjukkan dokumen kita benar-benar tersusun dan tidak disusun lintang pukang.
Secara ringkas kami melihat ada 2 jenis dokumen yang diperlukan bila memohon rumah. Pertama yang menyatakan latar belakang peribadi dan kedua yang menyokong kedudukan kewangan pemohon.
Dokumen yang menyatakan latar belakang peribadi ialah seperti pasport, surat beranak atau sijil kelahiran, lesen memandu, id bergambar seperti kad ID universiti.
Dokumen menyokong kedudukan kewangan ialah seperti slip gaji, penyata bank, bil-bil letrik dan gas (untuk yang pernah menyewa di Brisbane sebelumnya) dan surat biasiswa (untuk pelajar penerima biasiswa).
dan jika ada kenalan rakyat tempatan terutamanya bolehlah meminta kerjasama untuk dijadikan referee dalam permohonan tersebut.
Selain itu, cubalah hadir seberapa banyak house inspection yang mampu dan hantar seberapa banyak borang permohonan kerana borang permohonan tidak mengikat pemohon kepada kontrak sewaan lagi. Amalkan memohon sekurang-kurangnya 5 rumah dalam satu-satu masa.
Borang bagi permohonan rumah boleh didapati sama ada secara online, di pejabat ejen hartanah ataupun semasa house inspection.
Di sini ejen hartanah (realestate agent) 'bersepah-sepah' dan merupakan satu jenis karier yang mendatangkan pendapatan lumayan - sebab tu depa dok pakai keta besor-besor... tapi dalam masa sama, kena berhati-hati bila berurusan dengan ejen hartanah pasal depa mewakili tuan rumah dan seringkali cuba menggunakan tipu helah untuk 'mengikis' duit penyewa. Contoh nama ejen hartanah ialah LJ Hooker (tiada kena mengena dengan TJ Hooker), Profesional Toowong, Springwood First National (ejen kami) dll.
Berikut adalah laman web yang banyak membantu dalam mencari rumah di Brisbane :
www.rta.qld.gov.au - panduan bagi penyewa dan pemberi sewa tentang undang-undang dan peraturan berkaitan rumah di Brisbane
www.realestate.com.au - untuk melihat iklan-iklan rumah untuk disewa (dan dijual). Di sini biasanya menjadi web di mana kesemua iklan di laman web ejen hartanah disekalikan.
www.domain.com.au - satu lagi web seperti realestate.com.au

aLive in Brisbane
Wednesday, January 21, 2009
Tahanan Malaysia di Guantanamo Bay Camp
Kisah berikut hanya didedahkan ekoran pengunduran atau 'expiry' George W Bush dari White House. Ianya dilabelkan sebagai TOP SECRET di dalam diari Presiden Amerika ke 43 itu. Ianya berkisar kepada terciptanya nama Kem Guantanamo Bay - kem tahanan tanpa bicara untuk 'terrorist'......kisahnya seperti berikut :
- Menurut Sarjan Huckleberry (bukan nama sebenar), para warden di kem (atau penjara) berkenaan selain memiliki ilmu men'torture' tawanan, juga berkemahiran dalam pelbagai bahasa. Selain bahasa Arab dan Urdu, yang mana kebanyakan tawanan bertutur dalam bahasa berkenaan, terdapat juga yang pandai berbahasa Swami, Hebrew dan tidak ketinggalan Melayu... nama warden yang fasih berbahasa Melayu tersebut ialah Lieutenant Gary Pascoe (bukan nama sebenar)...
- Pada awal pembukaan kem berkenaan, satu pertandingan telah dianjurkan oleh pihak White House bertujuan memberikan hiburan dan habuan kepada pegawai yang memenanginya.
-Hadiah lumayan yang ditawarkan ialah dilantik sebagai percutian waterboarding bagi tempat pertama, sepasang kasut hitam dengan tanda tangan presiden di tapaknya bagi tempat kedua dan hadiah ketiga adalah peluang menjadi peserta rancangan Fear Factor edisi khas yang dirakamkan di Iraq.
-Pertandingan tersebut ialah pertandingan menamakan kem tahanan tersebut yang sebelum ini lebih dikenali sebagai X Camp atau POWWW Camp (Prisoner of War Without War).

- diringkaskan ceritera yang sememangnya ringkas ni, berikut adalah senarai TOP TEN nama kem yang terpilih dan penama yang memberikan nama tersebut....
1- Guantanamo Bay Camp - Lt Gary Pascoe
2- Your Last Summer Camp - Capt. America
3- Why So Serious Camp - Prebet Ledger
4- Final Destination Camp - Lt Mary Hadalitelamb
5- You Look Innocent Camp - Sgt Caspian
6- Get Beaten by The Bush Camp - Sgt Muffetontruffet
7- The Truth (terrorist) is Out There - Capt. Mulder Andrew Scully
8- Campfire & Youdie Camp - Collin Powell
9- I Want My Shoes Back Camp - George W Bush
10- No Camping Zone Camp - Condoleeza Rice

- nota : tempat ke 8 hingga 10 terpaksa diberikan kepada penama oleh panel hakim untuk mengelakkan diri mereka dipusatkan di kem berkenaan. Semestinya ada calon lain memberikan nama yang lebih menarik seperti Anti-ISA Camp dan Bring To Nowhere Camp atau singkatannya BTN Camp...
...ekoran rahsia yang didedahkan ini, penulis berkesempatan menemuramah Lt Gary Pascoe untuk mengetahui rahsia beliau mencipta nama Guantanamo Bay Camp tersebut....berikut adalah petikan temuramah dengan Lt Gary Pascoe yang telah ditranslasikan ke Bahasa Melayu:
Pen : Lt Gary Pascoe, apa khabar?
LGP : Hei disana (hey there)...saya bagus bangat (i'm great), bagaimana kamu buat? (how you doin?)
Pen : Tahniah kerana memenangi tempat pertama pertandingan menamakan kem tahanan...
LGP : Ianya bukan kocokan yang besar (its not a big deal). Saya adalah bertuah (I am lucky)
Pen: Apa rahsianya?
LGP : Err...pada satu hari saya ditugaskan menjaga seorang tahanan dari Malaysia namanya Pet (bukan nama sebenar). Pada masa tersebut saya masih tercari-cari idea menamakan kem berkenaan dan deadline diberikan sudah hampir tamat...ianya adalah hari terakhir untuk menghantar borang penyertaan. Saya masih ingat...tarikhnya 30 Februari 2000.
Pada hari berkenaan Pet meminta kebenaran untuk menghubungi keluarganya di Malaysia. Sebagai seorang warden yang prihatin dan berhati perut, saya pun memberikan kebenaran untuk beliau menghubungi isterinya untuk tempoh tidak melebihi 30 saat...
Saya pun meminjamkan telefon beri hitam (Blackberry) saya kepadanya. Tapi sekarang saya telah tukar kepada telefon epal iphone (Apple Iphone) 16gb. Dan saya masih menunggu shipment telefon durian atau nanas dari Malaysia...err..itu selingan saja...
Jadi, apabila saya berikan telefon tersebut kepadanya beliau pun mendail nombor telefon isterinya dan saya masih ingat perbualan Pet ini :
Pet : Smekum, sayang apa kaba?
Isteri Pet : !!!!???!!!! (LGP : maaf saya tak dengar pasal Pet tak tekan Loudspeaker)
Pet: Abe kat Amerika nih...tak tau balik bila...
Isteri Pet : !!!!???!!!!
Pet : Guano tak lamo, abe di terrorist camp....
Isteri Pet : !!!!???!!!!
Pet : Abe kata, guano tak lamo, abe di terrorist camp....
Isteri Pet : !!!????!!!!
Pet : Tok dengar ke? Guano tak lamo, abe.......(tut...tut...tut...line terputus)
....kemudian Pet serahkan balik telefon beri hitam saya dan dari perbualan tersebut saya mendapat idea nama Guantanamo Bay Camp...terima kasih kepada Pet...
Pen: Oh...begitu... apa jadi pada Pet?
LGP: Saya tak pasti (I'm not sure) tapi apa yang saya dengar (but what I heard) dia dihantar pulang ke Malaysia dan dapat penghormatan dari kerajaan Malaysia (he was sent back to Malaysia and got respect from the Malaysia government) dan saya dengar dia dikaitkan dengan satu projek kereta bulan.. (and what I heard, he has been involved in a 'car moon thing' project)
Pen: Oh...mungkin Kemunting adalah perkataan yang lebih tepat... apapun terima kasih LGP atas kesudian ditemuramah...
LGP: Jangan risau (no worries) tolong datang lagi (please come again)
- nantikan sesi temuramah seterusnya bersama Barrack H Obama berkaitan penutupan Guantanamo Camp--
Labels:
Tepuk-tampor
Friday, January 9, 2009
Panduan Persediaan Sambung Belajar ke Brisbane
Khabar terbaru diterima - ada beberapa orang rakan dari Malaysia akan menyambung pelajaran di Brisbane - UQ, QUT dll. Jadi, bersempena perkhabaran tersebut dan sebagai panduan ringkas kepada bakal pelajar yang akan menyambung pelajaran di Brisbane ni, di sini dinukilkan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk persediaan datang ke sini.
Ingin dimaklumkan bahawa panduan - bukan panduan (yg bagi panduan tu Pandu Puteri je..yg bagi guide tu Girl Guide)...yang dinotakan di sini adalah berdasarkan pengalaman aku dan keluarga dan bukanlah berdasarkan Hikayat Malim Deman atau Periwira Mat Gila adanya... jadi mana yang terkurang, ajarkanlah...jadi tak lah jadi 'kurang ajar'...hihi..
Untuk makluman kepada yang sudi membaca sekiranya yang membaca tu bangsa Melayu - kat sini ada Persatuan Pelajar Melayu Queensland (PPMQ) yang dianggotai majoriti oleh Melayu Malaysia dan segelintir Melayu Singapura...tak pasti pulak kenapa Melayu Indonesia tak join sekali...pasal depa Jawa kot... PPMQ ada AJK (ahli jawatankuasa bukannya AK Jalani Kengkang) yang dikepalai oleh Saudara Zul OT (nama glamer tu...) OT merujuk kepada Occupational Therapy rasanya lah pasal dia study PhD course tu...walaupun boleh jugak dianggap sebagai OTai (Old Timer) pasal dah dua kali study di UQ...very friendly and helpful brader....cukuplah introduce presidennya saja... yg AJK-AJK tak payah mention... kalau tengok TV pun Presiden Obama je yg orang nak tau...tak de pulak cerita pasal orang2 yang duduk di kiri kanan Obama... apapun biarkanlah Obama bersama Osamanya...biarkan...biarkan
Pendek kata (ke pendekata??!!) PPMQ ada laman webnya sendiri yang tidak akan di linkkan di coretan ini...supaya yang membaca tulisan ni menggunakan kemahiran komputernya untuk mencari keyword PPMQ di search engine.... jadi, apa yang akan dikongsi di sini mungkin ada persamaan, serasi atau kontradik dengan apa yang ditulis di PPMQ (sekiranya diamati apa yang ditulis di PPMQ mungkin sama dengan borang medikal JPA...tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas...pasal tersimpan cukup lama dan selamat dari hujan dan panas..sampaikan tak dibuat perubahan...atau dalam ertikata lain..TEGAR...hehe)...
Tapi, andaikata yang membaca ni bangsa Cina ke, India ke...jangan risau, kat sini pun ramai Cina dan India cuma tak tau sapa yang dari Malaysia dan siapa yang tak mengaku Malaysian. Malahan restoran Cina menggunakan nama Malaysia (tak halal) ada banyak di sini. Kekadang tu terkilan jugak pasal sepatutnya restoran Malaysia sepatutnya melambangkan 'halal hub' Malaysia, kononnya.
Begitu juga kalau yang membaca coretan ni dari Indonesia ke...bisa saja pak - justeru dijadikan ia 'pedoman' untuk datang ke sini...saya pun ramai rakan Indonesia di sini..
Sahibul hikayat...perkara pertama perlu diingati untuk sampai ke sini adalah........................................ jangan terlupa naik kapal terbang :)
Barang keperluan untuk dibawa dari Malaysia (atau dari negara asal):
Pakaian - bawalah pakaian anda sendiri, jangan bawa pakaian kakak, emak atau abang anda ke sini. Pakaian sejuk tak payah bawa kalau datang bukan pada musim sejuk melainkan kalau takut sejuk dalam kapal terbang - bawaklah sehelai saja dah cukup. Pakaian sejuk elok beli di sini saja, pasal lebih banyak pilihan dan lebih murah. Boleh beli di kedai seperti Lowes atau River di sini pada harga yang lebih murah dari di Malaysia. Kalau nak bawak jugak, jangan bawak yang jenis 'fluffy' untuk snow, melainkan anda ingin mengendong aircon di badan ke hulu ke hilir.
Kepada yang lelaki, singlet pagoda tiada disini, jadi eloklah bawa sehelai dua untuk dipakai pada musim panas ke... dan kepada student, tak payahlah bawak kot / blazer macam yang saya bawak sekarang pasal tak guna pun, melainkan ada plan nak buat direct selling ke boleh la kot...
Kain batik dan kain pelikat bolehlah bawak kalau nak pasal tak pernah pulak jumpa orang Aboriginal pakai kain pelikat, apatah lagi Omputih...kain batik ada la, tapi depa guna untuk tutup pinggang ke bawah bila pakai 'two piece'...
Barang Elektrik - periuk nasi dan seterika, kalau di laman PPMQ ada digalakkan bawak, tapi saya kata...tak payah bawak - beli saja di sini. Omputih pun dah makan nasik, so periuk nasi ada seterika pun ada. Faedahnya beli di sini, barang yang dibeli biasanya ada kualiti - walaupun yang 'made in china' tapi 'made in china' yang first grade, tak macam di Malaysia 'made from cokia in China'... barang letrik biasanya paling tidak guarantee setahun, alang seterika $10 yang kami beli ada warranty dan boleh dapat refund kalau rosak... TV tak perlu bawa pasal di sini lagi beso dan murah...di sini dah guna teknologi HDTV (High Definition TV) - siaran tak sama dengan TV biasa kalau tengok HDTV...so standby la duit untuk beli HDTV kalau anda kaki tengok TV (bukan mata tengok TV)...
One more....kepala plug di sini lain sikit dari di Malaysia...kalau plug 3 pin, yang 1 pin atas tu sama, tapi yang dua bawah tu dia senget sikit (macam bentuk V kalau tengok dua-dua). Sukatan power masih sama dengan di Malaysia, jadi apa barang di Malaysia boleh guna di sini, begitu juga sebaliknya - cuma perlu converter saja.
Barang makanan - boleh bawa rempah ratus yang ada label... yang ada dairy / susu tak boleh bawa (refer pada web kastam Australia)... barang2 ni kena declare untuk bawa masuk, tapi di airport dia akan tanya ada bawak ke tidak..kalau kata ada dan dah declare dalam borang, baru dia nak tengok...melainkan anjing pengesan ada masa sampai tu, tapi kalau sampai malam mungkin anjing2 tu tak de...masa kami sampai anjing pengesan tak de...anjing tu sama ada shift siang atau tido awal kot.... Secara keseluruhan, harga barang makanan di sini lagi murah dari di Malaysia...kalau susu kat Malaysia yang 1 liter tu boleh jejak RM9 - 10, kat sini 3 liter baru dalam $ 3.50. Pendekata, orang gaji $1000 di sini lebih banyak makan dari orang yang gaji RM 1000 di Malaysia.
Mekap dan seangkatan dengannya - bawalah mana yang patut...tapi rugi kalau tak beli perfume di sini...sekarang ni tengah sale..contoh Elizabeth Arden 100ml 2 botol baru $55....kalau brand Adidas tu standard minyak atar RM5 di Malaysia je...
Barang keperluan untuk dibeli (optional) di Brisbane
Perabot - murah untuk dibeli di garage sale atau sedikit challenging untuk beli di ebay.com.au... kalau rasa macam nak jual balik, elok beli di kedai-kedai macam Ikea atau Harvey Norman (Harvey Norman di sini sama standard macam Seng Heng di Malaysia)..resale value boleh dianggap tinggi... contoh barang yang ada resale value tinggi ialah bunk bed (double decker kalau di Malaysia)...resale biasanya buat di Ebay kalau nak dapat harga bagus... contohnya kami pernah beli bunk bed harga $179 dan resale value selepas 6 bulan dapat $104 bila dilelong di ebay.com.au pada harga starting price $0.99....
Kereta - kalau nak dapat kereta yang bagus sediakanlah dalam $5,000 ke atas...kalau ada $17000, anda dah boleh beli Honda Jazz 2009 yang terbaru, $13000 anda boleh beli Kia Rio baru....kalau ada dalam $33000 anda dah boleh beli Hummer...kalau ada $300, anda dapat hama sahaja ...
Pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu garfu dan sepertinya - kalau di Malaysia biasa guna barang dari melamin, di sini nak cari melamin yang berkualiti dan murah macam di Langkawi memang susah nak jumpa kecuali guna jenis Royal Doulton...jadi gunalah pinggan mangkuk biasa (kaca) atau kalau nak best sikit guna Corelle, Pyrex dan sepertinya...jauh lebih murah dari di Malaysia...
bersambung lagi di bahagian ke-2...
Labels:
aLive in Brisbane
Subscribe to:
Posts (Atom)
Category
- aLive in Brisbane (5)
- Current Issues (3)
- HLP (2)
- Internet for Money (1)
- Komen Gomen (1)
- Ramadhan dan Syawal (2)
- Tepuk-tampor (3)