Monday, July 7, 2008

Bukan Feri Pulau Pinang atau Feri Anugerah Makmur


CityCat Ferry adalah perkhidmatan feri yang disediakan sebagai salah satu kaedah pengangkutan awam utama di Brisbane. Ianya menghubungkan Apollo Road (upstream) di satu hujung dan University of Queensland (UQ) (downstream) disatu hujung lagi. Ianya juga adalah satu daya tarikan pelancongan di sini. Keadaan air sungai tak sebersih manapun, tapi tak berbaulah...tapi pemandangan sepanjang perjalanan amat menarik. Pada waktu pagi kita berpeluang melihat bot nelayan yang dikelilingi burung-burung di tengah sungai, sedang menjala ikan. Di waktu petang, kita boleh melihat orang melakukan absceiling di satu kawasan taman yang dilalui feri ini. Ianya akan singgah di beberapa jeti perhentian yang terdapat di kiri dan kanan sungai, kebanyakannya adalah kawasan-kawasan pejabat, perumahan dan universiti. Selain UQ, ianya juga melalui QUT (Queensland Uni of Technology) dan Griffith University. Jeti perhentian kawasan pejabat yang popular adalah di Riverside dan jeti perhentian di kawasan membeli-belah paling utama di Brisbane CBD (Central Brisbane District) adalah di North Quay di mana terletaknya Queen Street Mall dan Roma Street satu kawasan ala-ala Bangsar di KL.
Tiket untuk CityCat Ferry dijual di tengah-tengah kabin feri oleh seorang pekerja yang duduk di situ. Tiket dijual sama ada sehala, pergi-balik, sehari, seminggu atau sebulan. Harga tiket mengikut kawasan zon ataupun tempoh masa contohnya tiket sehari. Harga tiket maksima seorang dewasa adalah AU$2.70 untuk sehala dan ianya juga boleh digunakan untuk pengangkutan awam lain seperti bas bagi tempoh 2 jam selepas itu.

Manakala hanya untuk AU$5.40 kita boleh membeli tiket untuk seharian menaiki feri dan lain-lain pengangkutan awam seperti bas tanpa perlu membayar lagi. Hanya perlu tunjukkan tiket tersebut kepada pemandu (bas) atau penjaga panel tengah di dalam feri. Secara ringkas, sistem tiket yang diadakan untuk feri ini adalah lebih kepada ‘trust’, di mana tidak ada inspektor yang memeriksa tiket tapi, penumpang akan pergi terus ke tengah kabin sama ada untuk membeli atau menunjukkan tiket yang dibeli. Terdapat juga sistem Go Card iaitu seperti sistem Touch’N’Go di Malaysia di mana penumpang perlu sentuhkan kad ketika naik dan sebelum turun dari feri. Sekiranya tidak ada wang baki kecil, penumpang akan sama ada di’halal’kan saja ataupun diminta turun di hentian seterusnya jika wang yang dihulurkan terlalu besar, contohnya AU$50 dihulur untuk membeli tiket AU$2.70. Kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak dikenakan tambang, manakala tambang konsesi (concession ticket) diberikan kepada golongan tertentu seperti pelajar dan penuntut universiti – iaitu diskaun 50% dari harga tiket asal.

CityCat Ferry menyediakan unit-unit feri yang cukup luas untuk memudahkan penumpang naik dan turun (adalah satu budaya di Australia untuk beratur apabila menggunakan perkhidmatan awam). Ianya juga bersifat ‘mesra’ kepada OKU, ibu bapa yang membawa troli / stroller dan juga penumpang yang menggunakan basikal. Basikal boleh dibawa ke atas feri dan diletakkan di satu ruang yang disediakan di belakang feri. Basikal adalah salah satu kaedah pengangkutan paling popular di mana terdapat banyak jalan khas untuk kegunaan basikal dibina di Brisbane. Penunggang basikal diwajibkan memakai helmet dan mempunyai lampu sama ada pada helmet atau basikal pada waktu malam. Alang di UQ pun ada kedai menjual basikal.

Berbalik kepada CityCat Ferry, ianya dikendalikan oleh 3 orang pekerja pada satu-satu masa iaitu seorang pemandu, seorang penjual tiket di tengah kabin dan seorang pekerja yang akan membuka dan menutup pintu (railing) tempat penumpang keluar – masuk. Apa yang menarik, bilangan pekerja wanita jika diperhatikan adalah sama ada lebih ataupun sama dengan bilangan pekerja lelaki untuk CityCat Ferry ini. Satu keadaan berbeza dengan Malaysia, di mana kaum lelaki lebih dominan dalam pekerjaan laut atau sungai. Sekiranya anda sampai di Brisbane, jangan lupa menaiki CityCat Ferry...enjoy your trip mate.....

1 comments:

Dark Mars said...

Syoknyer kau dapat jejalan yerk Encik Man...

NON-UTOPIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute