Alhamdulillah, perjalanan udara dari KLIA ke Brisbane Airport berjalan dengan lancar. Flight bertolak terlewat sedikit dari waktu dijadualkan, 9.30 pagi berbanding 9.00 pagi. Kami tiba di airport jam 7.20 pagi dan telah agak terlewat – tak sempat nak merasa duduk di Golden Lounge KLIA lama-lama. Masuk di Golden Lounge jam dah pukul 8.15 pagi, boarding masuk pesawat jam 8.30 pagi. Jamah mana yang dapat (dan dapat rasa yang tak berapa nak diterima tekak, ambil beberapa biji gula untuk elakkan ‘cabin pressure.’
For a ‘first time flyer’, my first and last flight is somewhere in 1987 to Indonesia, journey and treatment in MAS Business Class is a sheer pleasure. Started with a welcome drinks which you may choose either mango, orange or pink guava juice (of course I don’t drink alcohol), we have been cherished with different kind of foods. We don’t have breakfast or lunch, as it is still early for a lunch and too late for a breakfast, hence we’re treated with BRUNCH *Breakfast + Lunch). Menu for brunch is either nasi lemak, spanish omelette or steak (quite raw taste). Quite surprising that most of the Australian sharing the same deck with us but sitting in front had ordered nasi lemak. Thus there are only two more choices left for us. I chose spanish omelette for myself, and steak for my son – Afif. Instead at the end, I’ve to finish the steak and he ate the omelette. There are also pastries being served, biscuit (Hwa Tai brand), salt nuts and satay served in between the journey. Each of us were given a headphone and we enjoyed the in-flight entertainment very much, either you want to play games, watch movie, tv series, even Shaun the Sheep is sharing the flight with us. I’ve purchased a flight model 1:1000 in size for RM 59.
Kapal terbang berhenti di Sydney selama lebih kurang 1.5 jam dan semua yang nak ke Brisbane diarahkan turun atas alasan keselamatan katanya. X-ray dibuat semasa masuk ke terminal menunggu ke atas carry on luggage dan laptop perlu dikeluarkan dari beg untuk di x-ray. Berbanding mesin x-ray di KLIA yang tak tahu mana silapnya, jam besi atau talipinggang besi yang membuatkannya berbunyi dan body check dibuat oleh polis pengawal, mesin di Sydney tidak pula berbunyi. Tiba di Sydney pada jam lebih kurang 9.15 malam dan cuaca berada pada suhu 15^C, tapi kurang dirasakan kesejukannya pasal berada dalam bangunan yang rasanya dilengkapi dengan sistem pemanas berpusat. Semua kami dari pesawat MH141 yang ingin meneruskan perjalanan ke Brisbane dikehendaki menunggu di Gate 26 – gate paling hujung bagi pesawat MAS.
First Cultural Shock
While lining up to pass the transit check-point, there’s an Australian lady in front of me, suddenly an Arab lady past her to rush to the check-point in front. The Aussie lady in dissatisfaction tried to follow the Arab lady and try to get past an Aussie man in front of her. The man is not happy with the the Aussie lady and told her to back off and wait for her turn and he said it not in a strict rather than being polite. The Aussie lady fumed up and yell back at the man....the arguement can be heard by all passengers who’re queueing at the counter. I remembered she yelled – ‘come on, life’s short’ to the unfortunate man who’re standing beside his wife. Then both of them keep quiet for a moment, and I saw the lady talking slowly to the man to apologize. They then both agreed with each other. I don’t know yet, but it’s maybe the Aussie’s culture – to ‘throw ‘em to their face’ and then you beg your pardon.
Pesawat tiba di Brisbane pada jam 10.15 malam waktu Brisbane (8.15 malam waktu Malaysia). Dan Incoming Passenger Card yang telah siap kami isi di Sydney Airport adalah benda yang paling penting diperlukan untuk ditunjuk kepada pihak berkuasa di Brisbane Airport. Penting bagi sesiapa yang ingin masuk ke Australia untuk isytihar mengikut keperluan borang. Kami tidak ada apa-apa yang perlu diisytiharkan kecuali sebuah laptop yang dibawa bersama dan ianya bernilai melebihi AU$900 (lebih sikit sahaja mengikut nilai tukaran matawang Australia – Malaysia pada ketika ianya dibeli). Pegawai kastam memeriksa kad kami mengatakan bahawa secara puratanya kami ada empat orang (tak termasuk bayi) dan kelayakan untuk empat orang adalah melebihi dari nilai barangan yang dibawa. Prosedur di bahagian bagasi Brisbane Airport berjalan lancar dan agak pantas, mungkin kerana kami langsung tak membawa sebarang makanan di dalam bagasi.
Keluar dari ruang bagasi, telah ada wakil Uni of Queensland (UQ) iaitu Mr Calf (agaknya begitu ejaannya) menunggu – mat saleh dalam lingkungan umur 50an. Malangnya kami terpaksa menunggu lagi 2 ‘rombongan’ yang akan tiba. Menunggulah kami selama lebih 1.5 jam. Sempatlah beli coklat bars 2 keping, 2 air susu coklat dan 1 air teh limau (bottled). Semuanya berharga AU$18. Satu daripadanya orang Malaysia (orang sekampung di Larkin – jalan Rajawali) yang tiba menghantar anak mereka untuk belajar Master di UQ dan satu lagi sepasang mat saleh dari Jerman. Kami dibawa menaiki Coaster dan barangan diletakkan di dalam gerabak mini yang disambungkan kepada Coaster tersebut. Di Brisbane ini memang banyak jenis kenderaan termasuk lori yang ada penyambung seperti ‘towing cabin’ dibelakang. Basnya pun banyak yang lebih panjang dari saiz bas di Malaysia. Kami adalah orang terakhir dihantar ke tempat penginapan.
Kami tiba di Wellington Apartment Hotel pada jam lebih kurang 12.30 pagi. Kami menginap di bilik nombor 28. Tempahan dah dibuat melalui internet sebelum berlepas ke Brisbane lagi. Kami disambut dengan baik oleh penyambut tetamu yang mungkin dah tidur masa kami datang. Walaupun susah nak senyum, dia masih baik hati untuk bagi kami 2 gelas susu segar percuma dan siap offer untuk bagi makanan untuk budak-budak yang mungkin lapar. Ada cafe di bawah hotel ini yang menjual sarapan dan makan malam. Tapi kami tak makanlah, memang tak halal punya. Satu benda yang menarik pasal hotel ni, ialah ianya dijalankan oleh seorang staf pada satu-satu masa. Dialah penyambut tetamu, dialah bartender tapi tak pasti pulak kalau dia jugak yang buat housekeeping. Bilik yang kami tinggal tak berapa besar, dalam 35’ x 15’ saja, tapi siap dengan peti ais, tv jenis slim tapi saiz dalam 17” saja, tempat memasak jenis convection oven, microwave – semua ni di bahagian kitchen dan bilik air siap ber-bathtub. Di depan juga ada balkoni untuk berehat – tapi bekulah kalau duduk di situ.
Dan tidurlah kami dengan lenanya....kesan jet lag penerbangan tadi...
4 comments:
salam bro..
alhamdulillah perjalanan sumenye selamat yer..
anak2 tak meragam ke dlm flite.. mesti depa syok nye kan.. emm.. perjalanan masih panjang kot man.. aku doakan sumenye berjalan lancar.. insya Allah.
Assalamu'alaikum Man,
Semoga dipermudahkan segala urusan di perantauan...Selamat menyambut Ramadhan. Kat sana ramai komuniti pak arab tak? selalu kalau dalam komuniti ada pak arab, meriah sikit Ramadhan di perantauan.
Rasa-rasa teringin juga nak sambung study kat aus, tgklah camana nanti, kalau ada rezeki.
-Azlina-
hai man, bulan puasa di sana macamane? tak sperti di PD...he he harap semua keluarga sihat...
salam bos. apa kabar u n family? igt x lg kontraktor pd yg slalu jumpa bos tnya job pdpd? baru mlm ni nk buka blog bos. menarik baca pengalaman bos disana. ok bos. selamat maju jaya, selamat berpuasa & selamat hari raya.
Post a Comment