X-ray pertama yang ditetapkan oleh pihak Imigresen tersebut adalah susulan medical checkup yang perlu dibuat oleh penerima biasiswa dalam proses permohonan Visa ke sana. Medical checkup tersebut perlu dibuat di klinik-klinik panel swasta yang telah disenaraikan oleh pihak Imigresen (Australia).
Aku telah pergi ke Klinik Chong bertempat di Jalan Pudu, sebuah klinik yang telah berusia 50 tahun, yang kalau kita demam, tak berapa konfiden nak makan ubatnya, atau dalam istilah aku, aku gelarkan klinik seumpamanya sebagai Klinik Pearl Harbour - usang yang teramat. Doktornya seorang Cina tua umur lewat 50an yang kelam-kabut, dan dibantu oleh 2 jururawat veteran. X ray diadakan di sebuah pusat x-ray tua yang terletak lebih kurang 300 meter dari Klinik Chong.
Melihat kelam-kabut doktor, mendetikkan fikiran - bagaimana klinik tersebut mampu diakreditasikan sebagai klinik panel, tapi jika diperhalusi mungkin doktor tersebut rajin membuat laporan sebab itu klinik tersebut jadi tumpuan, bukan sahaja dari pihak kerajaan Australia, tetapi juga limpahan warga asing yang
khabarnya masuk guna VOA tapi nak buat check-up untuk kerja di Malaysia - we are a FREE country, aren't we ??!!
Dalam kekalutan aku sekeluarga dan doktor serta jururawat seklinik tersebut yang mampu menewaskan pasar borong Selangor, akupun menghulurkan borang medical checkup JPA.
Apabila aku merujuk kembali kepada JPA (masa nak serahkan borang tersebut), aku dimaklumkan bahawa borang tersebut adalah borang untuk Medical Student yang akan mempraktikkan ilmunya di luar negara. Selaku pengguna tegar Vicks Vaporub dan Drapolene Cream untuk anak-anak aku, adalah sesuatu yang tak masuk dek akal untuk menggunapakai borang medical tersebut untuk semua penerima HLP. Apatah lagi bila ada sahabat aku penerima HLP yang telah diluluskan tiket penerbangannya langsung tidak menyerahkan borang tersebut, sedangkan kami berlima diwajibkan untuk menyempurnakan borang tersebut. Mungkin kerana aku selama ini berkhidmat di daerah dan terdedah kepada anasir atau wabak yang boleh menjejaskan kesihatan berbeza dengan kawan aku yang berkhidmat di bangunan berlantai dan berdindingkan marmar di Pusat Pentadbiran Persekutuan...
Kalau aku gelarkan 'bodoh' nanti ada yang kata aku 'kasar', tapi itulah hakikatnya apabila terasa diri dibaghalkan dengan satu sistem yang tak kena, atau mungkin silap manusia yang tak faham peraturan termasuk aku yang gagal membaca apa yang tersirat dari borang tersebut (hanya untuk Medic student saja) atau silap bos yang tidak ambil peduli untuk mengkaji bebanan kerja anak buah dan mengubah sistem kerja kepada sesuatu yang lebih licin dan memudahkan pelanggan dalaman mereka.
Lu pikir la sendiri...(kata Nabil)