Wednesday, February 10, 2010

Sekolah Ringgit Malaysia Kebangsaan.....

Pengalaman menyekolahkan anak di dua negara berbeza banyak mengajar ibu bapa seperti saya tentang dua sistem persekolahan yang berbeza... Masa menghantar anak-anak ke sekolah di Australia, belanja yang diperlukan adalah dalam RM300 seorang bagi membeli uniform sekolah dan peralatan sewajarnya. Ingatkan yang tu dah cukup tinggi...rupanya di Malaysia kosnya lagi tinggi (kalau takpun 2 x 5) walaupun kedua-dua sekolah adalah bantuan penuh kerajaan. Kos permulaan saja dah mencecah lebih RM500 tak termasuk yuran. Tak de lagi kasut Pallas Jazz berharga RM 12 atau Badminton Master berharga RM 9 atau BM2000 yang boleh dipakai dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 (dengan syarat saiz kaki maintain)... Kasut Bata sekarang dah mencecah RM25 sepasang...ada juga jumpa dan beli kasut yang sale RM5 - tapi memang value by money bukan value for money - basuh sekali dah koyak.


Yang tu bab peralatan sekolah....dari segi kurikulum pun agak memeningkan...tak tau kenapa budak darjah 1, 2 di Malaysia perlu diajar subjek bahasa Arab. Lagi satu arahan pelik ialah untuk membeli senaskah terjemahan Quran 'pocket book size' bagi setiap pelajar - harga satu dalam RM 48...pendekata - membebankan. Yang best tu arahan dikeluarkan melalui surat oleh pihak sekolah, tetapi bila kewajaran arahan dipersoalkan kepada guru kelas, guru kelas mengaku tak tau kenapa arahan sebegitu dibuat. Mungkin tujuan murni nak menggalakkan murid mengenal isi kandungan Al Quran, tapi pada peringkat darjah 1, 2 tak nampak kewarasan tindakan seperti tu. Elok lagi beli Mukaddam dan ajarkan mukaddam tu pada peringkat umur macam tu. Sekarang anak yang di darjah 2 takpun guna Quran yang dibeli...takut nanti jadi Quran Na O Mei...dah bertahun-tahun simpan pun cantik je lagi....

Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pun mengelirukan. Seolah apa yang dipelajari ialah menterjemah dari BM ke BI dan sebaliknya bagi subjek tu...bukan untuk mendalami apa yang dipelajari... Silap haribulan cikgu yang mengajar pun tak paham apa yang diajar.

Darjah 3 pula dah start kena masuk aktiviti unit beruniform dan sebagainya...tempoh masa persekolahan termasuk sekolah agama tampak membebankan berbanding sekolah satu sesi yang ingin dilaksanakan...masalah beg berat masih tiada kesudahan...di sini buku teks lebih mementingkan kecantikan - kat Australia cikgu fotostat je mana aktiviti yang nak dibuat pastu tampal pada scrapbook yang besar tapi nipis dan ringan...

Beberapa minggu selepas budak start sekolah, terbaca pulak dalam suratkhabar ada satu usul (tak pasti dari siapa) minta diperkenalkan pelajaran 'teknologi NANO' di sekolah-sekolah termasuk sekolah rendah....satu lagi arahan 'nano-nano' yang nak menambah beban pada murid-murid. Tujuannya kalau ikut suratkhabar tu untuk mewujudkan lebih ramai pakar Nano technology di Malaysia. Dulu biotekno sekarang nano tekno. Tak 'sedor' lagi agaknya yang tekno-tekno ni macam lagu tekno yang ada nilai mengikut musim - bila dah ada teknologi lain yang lebih mantap, maka teknologi tu orang dah tak pakai. Lagi tu, apa guna wujudkan 10 juta jurutera Nano kalau kepakaran bidang lain tak sampai 10% dari nisbah rakyat tempatan.

Hari ni ada pulak cadangan ujudkan kad pintar dan sistem e-wallet bagi atasi masalah pelajar ponteng dan pelajar salahguna wang poket untuk berbelanja yang bukan-bukan. Satu lagi cadangan canggih yang kelak berpotensi menjadi 'canggah'. Sebelum siapa-siapa keluarkan arahan untuk memperkenan teknologi sepertinya di sekolah-sekolah, eloklah dipikirkan beberapa aspek, contohnya :-

1) Kalau dilaksanakan - siapa akan tanggung kos kad pintar dan e-wallet tu...
2) Berkemampuan ke untuk maintain sistem tu selama-lamanya hingga hari kiamat sekiranya ia diterimapakai...
3) Sanggup ke pengusaha kantin terima dan maintain sistem terima wang e-wallet tu...
4) Kalau pengusaha kantin sanggup - boleh ke dijanjikan kos maintenance tak dimasukkan ke dalam harga makanan yang dibayar...
5) Kalau sistem offline - sanggupkah pengusaha kantin bukak buku 555 pasal budak tak de cash.
6) Siapa yang lebih untung kalau sistem tu dilaksanakan...rakyat...kerajaan...atau pengusaha / pengeluar kad pintar (yang nampaknya berpotensi mendapatkan keuntungan seumur hidup sepanjang hayat bagi syarikatnya...).
7) dan...berkesan ke untuk mengurangkan gejala ponteng...atau bakal melahirkan lebih ramai kaki ponteng yang lebih cerdik dari kad pintar??!!!


Pengamatan sekarang, nampak seperti trend sekolah menjadi lubuk emas bagi banyak pihak...cikgu nak buat kelas tambahan pun dah ada kenakan caj...rasanya ada lagi yg ikhlas nak mengajar murid-murid tapi bilangannya kalau dibuat kajian mungkin jauh berbeza dengan zaman-zaman sekolah masa dulu...sekarang ni apa-apa serba serbi duit...yang terbeban ibubapa jugak...dan PIBG terus juga berjamuan setiap tahun....

1 comments:

Anonymous said...

Thanks for writing, I very much liked your newest post. I think you should post more frequently. you evidently have natural ability for blogging Driveways

NON-UTOPIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute