Saturday, September 27, 2008

OZ oh...OZ


Dah masuk bulan keempat sekarang berada di Brisbane...Queensland (Sunshine State)... kalau ikut graf mood tabiat manusia, sekarang ni tengah berada di keluk yang menuju ke bawah...maknanya pada masa sekarang, seseorang yang tinggal di negara asing atau berada dalam keadaan yang asing daripada selalu akan nampak macam-macam yang tak kena di tempat barunya...aku tak terkecuali..berikut adalah 'kepincangan' dan kelainan yang aku nampak di sini yang mungkin tiada atau belum ada banyak berlaku di Malaysia...(I love human behavior observation)....

1) Kanak-kanak diwajibkan pakai tali pinggang keledar....TAPI anjing boleh naik kereta, duduk depan atau belakang tanpa pakai talipinggang keledar....

2) Omputih tak suka jiran yang bising macam jiran aku tak suka anak-anak aku bising...TAPI bila depa buat bising esp. masa mabuk atau buat party...itu tak pe...

3) 'Pembersihnya' omputih sampai bila anjing mereka berak tepi jalan, mereka akan kutip tahi anjing pakai plastik yang dibawa bersama...yuck!!!

4) 'Pengotornya' mereka..suka baring / duduk di mana saja atas, rumput, lantai dan kaki lima tanpa rasa geli atau segan silu.

5) Makanan wajib di mana-mana....BACON

6) Minuman wajib di mana-mana...BEER

7) Mempunyai anak lebih 2 orang adalah membebankan pasal melibatkan kos yang banyak...semuanya diambilkira monetary value...

8) Menghembus hingus di khalayak ramai dan di dalam kelas atau perpustakaan di universiti ketika keadaan senyap sunyi...adalah BIASA...yucky......

9) Ada antara mereka suka berjalan berkaki ayam sama ada di universiti atau di shopping complex....

10) Bila isi minyak kereta...isi dulu baru bayar...dan beraturlah kereta lain menunggu orang depan pi beratur untuk bayar...

11) Pejalan kaki sentiasa diutamakan kecuali melintas di tempat yang tidak disediakan...

12) Memandu di sini terasa lebih 'selamat' dari di Malaysia...tapi bila di highway, lebih selamat rasa di Malaysia...

13) Harga barangan makanan di sini lebih murah berbanding harga di Malaysia jika diukur mengikut nisbah nilai matawang masing-masing.

14) Thank You...selalu disebut...

15) How are you.... juga selalu disebut bila berjumpa, sama ada kenal atau tidak...contohnya diucap oleh cashier di supermarket...

16) No Problem di Malaysia...tapi di sini...'NO WORRIES'....

17) Selasa adalah hari harga minyak kereta kurang daripada biasa...

18) Kereta yang diparking di tepi jalan tidak boleh diparking dalam keadaan menentang arus...

19) Tattoo is a 'must'...

....bakal disambung lagi....

2 comments:

sabiqahT.Anuar said...

hi en.azman..hehe just found ur blog..emm anyway selamat hari raya, eid mubarak to u n family..

perantau.tt said...

salam man... ish2.. ko cakap la ma fi musykilah (no worries) heh.. apsal hari selasa tu minyak murah? emm ko dah amik kete ek.. kete ape tuh? selamat hari raya!

NON-UTOPIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute