Alhamdulillah, sebulan Ramadhan telah dilalui tanpa banyak rintangan di bumi Brisbane. Lebih kurang macam di Malaysia, tapi banyak jugak yang kurang berbanding di Malaysia. Tengok paper hari ni ada pesta 'mantai' di Negeri Sembilan, walaupun tak pernah lagi berkesempatan join pesta mantai @ selalunya dengor orang sebut hari membantai...tapi dulu ada jugak nampak orang jual daging dengan harga lebih murah dari pasaran di bulatan Batu 6 di Port Dickson. Tapi biasanya dekat-dekat raya esp. raya aji ada supplier daging diskaun di opis...sapa lagi Cif Abu lah...
Sebulan Ramadhan di sini, waktunya kali ni lain sikit daripada sebelum Ramadhan aritu....waktu Imsak makin hari makin cepat dan waktu Iftaar (sini tak panggil Buka) makin hari makin lambat. Cuaca tengahari panasnya lain macam. Oleh kerana kelas ari Selasa selalu dekat dengan waktu Maghrib, kekadang terpaksa jugak tuang lecture, tapi pi tutorial je yang mula dalam jam 7.30 malam.
Berbuka di masjid adalah pengalaman baru bagi kami sekeluarga....and the no. 1 fan berbuka di masjid ialah...Adik (Afif), sampaikan ada peminat - sorang drebar teksi berasal dari Afghanistan..... Banyak orang (ke ramai orang??!!) jugak yang buka di masjid. Selalunya pergi di Masjid Buranda - dalam 5 minit dari rumah kami. Kebiasaannya apabila masuk waktu maghrib, akan makan sikit, buah ke, sandwic ke, karipap ke, bergantung kepada sapa yang sponsor Iftaar pada hari tersebut. Lepas makan, pi solat maghrib.
Pas solat, beratur pulak untuk makan berat, biasanya nasi - jenis-jenis nasi butter atau briyani arab dengan lauk ayam atau daging dan sayur jenis2 salad. Nasi biasanya sepinggan penuh pasal style orang arab memang diorang makan banyak berbanding Melayu. Solat terawih mula dalam pukul 7.45 ptg di Masjid Buranda pasal Isya' dalam 7.30 mula. Di masjid Holland Park, mula Isya' pukul 7.00 ptg dah berjemaah, Buranda Mosque je yang lambat sikit. Terawih tak pasti lak berapa rakaat, pasal kami (aku) buat 8 je pastu dah tawarikh..hehe... Tapi tahun ni jarang pi terawih, ngaji pun tak abis. Masa awal2 posa ingat nak dapat khatam, tapi tak kesampaian, pasal minggu kedua posa tu, satu rumah kena flu virus pasal perubahan musim (alasan je tu...)..
Sahur kali ni banyak ter'miss' lebih-lebih lagi di hujung Ramadhan, pasal Imsak dekat sangat dengan waktu tido, sebab tu susah nak bangun. Kami sahur biasanya minum air dan makan benda ringan-ringan macam corn flakes atau roti, pasal memang dah terbiasa sejak duduk Port Dickson.
Kesimpulannya (macam esei assignment lak...) posa di mana-mana posa juga...sama ada nak posa ke tak nak posa saja yang jadi permasalahannya... dan posa kita itu posa tingkat ke berapa ?!!
EKSKLUSIF UNTUK HARI RAYA : Sampaikan Aidilfitri....nantikan